Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

340) ISU MOT DI BANDAR PUTRA PERDANA

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah maklumat terkini berkenaan blok blok yang masih belum mendapat MOT di Bandar Putra Perdana samada perumahan teres mahupun pangsapuri?

    1. Penyelesaian Plot J yang melibatkan 597 hakmilik individu telah disampaikan semasa Majlis Penyerahan Hakmilik Individu Taman Putra Perdana yang diadakan pada 1 Ogos 2023 di Dewan Komuniti Putra Perdana;
    2. Penyelesaian hakmilik Taman Putra Perdana bagi Plot K pula melibatkan pegangan hakmilik landed berjumlah 335 dengan pecahan 221 Bangunan Perniagaan, 109 Bangunan kediaman dan 5 pencawang elektrik yang telah didaftarkan hakmilik pada 1 Oktober 2024;
    3. Pada 28 Oktober 2024, satu mesyuarat penyelarasan bersama agensi dan pihak berkaitan telah diadakan berhubung pelaksanaan Majlis Penyerahan Hakmilk Individu bagi pembeli di Plok K yang dirancang untuk disempurnakan oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor; dan
    4. Penyelesaian bagi plot-plot lain kini sedang dalam tindakna agensi berkaitan bagi proses semakan kertas pertimbangan untuk kelulusan permohonan serah balik dan berimilik semula di bawah Seksyen 197 dan Seksyen 76 Kanun Tanah Negara.
  2. Jelaskan kenapa masih belum dapat diselesaikan dengan segera isu MOT di Putra Perdana ini?

    Proses penyelesaian hakmilik Taman Putra Perdana sedang dilaksanakan secara berfasa dan berperingkat sehingga kesemua keseluruhan plot-plot yang terlibat selesai mengikut prosedur perundangan Kanun Tanah Negara dan undang-undang lain yang berkuatkuasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.