Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

338) BAIK PULIH LAMPU JALAN JKR DAN PLB

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah kerajaan untuk mengatasi masalah jalan utama yang masih gelap akibat lampu yang sedia ada tidak menyala diseluruh DUN Dengkil?

    Punca utama ketidakfungsian lampu jalan di DUN Dengkil adalah akibat dari kecurian kabel bawah tanah, kemalangan kenderaan yang merosakkan sistem lampu jalan dan komponen lampu jalan yang telah uzur dan reput.

    Di antara langkah pembaikan yang diambil bagi mengatasi ketidakfungsian lampu jalan di DUN Dengkil pada tahun ini adalah :-

     

    (i)    kerja senggara menukarganti kabel dan komponen lampu sedia ada yang rosak menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM 1.8 Juta di Laluan FT 31, FT 214 dan FT 29.

     

    (ii)   kerja senggara menukarganti kabel dan komponen lampu sedia ada yang rosak menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri sebanyak RM 100,000.00 di Laluan B48.

     

    (iii) kerja pemasangan baru lampu jenis Solar LED di laluan jalan gelap FT029 bernilai RM 200,000.00 dan FT 31 bernilai RM 500,000.00

  2. Berapakah peruntukan yang diberikan kepada JKR di setiap daerah untuk baik pulih lampu jalan di jalan kendalian JKR dan PLB secara khususnya bagi DUN Dengkil?

    Peruntukan bagi senggaraan lampu jalan dan lampu isyarat bagi jalan-jalan negeri di bawah seliaan JKR adalah sebanyak RM 400,000.00 setahun bagi setiap daerah di Negeri Selangor termasuk Daerah Sepang. Pihak JKR tidak mempunyai data spesifik untuk DUN Dengkil memandangkan kerja-kerja senggaraan lampu jalan dan lampu isyarat diselia berdasarkan Daerah.

Lampiran

Tiada Lampiran.