Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

336) TAHUN MELAWAT SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah jenis-jenis promosi yang dijalankan untuk mempromosikan Selangor sempena Tahun Melawat Selangor 2025?

    Untuk makluman Yang Berhormat, berikut merupakan promosi yang dilaksanakan sempena Tahun Melawat Selangor 2025 untuk menarik kehadiran pelancong ke Negeri Selangor:

     

    • Penganjuran Kempen Pengiklanan bersasar seperti Pengiklanan melalui pesawat Air Asia, Paparan Billboard Outdoor’ dan Digital, Media Cetak, Media Elektronik dan Media Sosial;

     

    • Penganjuran Program Promosi Pelancongan Domestik, seperti Selangor Travel Fair, Penyertaan dalam MATTA Fair, Skuad Visit Selangor Year, dan Program Jelajah Negeri;

     

    • Penganjuran Program Promosi Luar Negara, seperti World EXPO 2025 Osaka Japan, ITB Berlin 2025, OTM Mumbai India 2025, ATM Dubai 2025, Sales Mission India, ITB China, Shanghai 2025 dan Sales Mission China, Macau dan Taiwan;

     

    • Penganjuran Acara Pelancongan dan Kalendar Acara Tahun Melawat Selangor 2025, yang menyenaraikan beberapa acara utama seperti, Art of Speed 2025, Keretapi Sarong 2025, Anugerah Pelancongan Selangor, Festival Sawah Padi 2025, Festival Bon Odori 2025, Petronas Grand Prix MotoGP, Selangor Food Mega Festival bertemakan Sate dan Durian dan Miss Kebaya Selangor;

     

    • Penyediaan konten kreatif dan promosi melalui laman media sosial seperti program promosi kempen bersama dengan pempengaruh, selebriti dan  Key Opinion Leader  (KOL) serta penyediaan travelog pelancongan;

     

    • Penganjuan program Mega FAM (Familiarization) Trip sepanjang tahun 2025 bersama Agensi Pelancongan, Persatuan Pelancongan dan media tempatan serta antarabangsa;

     

    • Memperkenalkan inisiatif Geran Industri Pelancongan sempena Tahun Melawat Selangor 2025. Geran khas ini dilaksanakan bertujuan sebagai suntikan insentif kepada para penggiat industri pelancongan dalam usaha mempromosikan dan menyemarakkan kempen TMS2025; dan

     

    • Penganjuran program pembangunan produk pelancongan seperti Selangor Hos Komuniti, Program Heritage Walk dan Program Pengiktirafan Produk Pelancongan.
  2. Berapakah kos anggaran yang telah dikeluarkan?

    Anggaran kos pelaksanaan program sempena Kempen Tahun Melawat Selangor adalah berjumlah RM13 juta (Ringgit Malaysia: Tiga Belas Juta Sahaja) yang melibatkan kos inisiatif seperti Pengiklanan, Program Promosi Luar Negara, Program Promosi Dalam Negara, Acara Pelancongan, Program Pembangunan Produk, Bahan Cenderahati Korporat dan Bahan Promosi Rasmi serta Geran Industri Pelancongan Selangor 2025 mengikut pecahan seperti berikut:

     

    BIL. TAHUN PERKARA

    KOS YANG DIPERUNTUKKAN (RM)

    1 2024 Persediaan Tahun Melawat Selangor 2025

     

    3,000,000.00
    2 2025 Penganjuran Tahun Melawat Selangor 2025

     

    10,000,000.00

     

    JUMLAH

    13,000,000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.