Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
335) IKS
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah terhadap peruntukan dan insentif yang diperuntukkan bagi menggalakkan dan mengembangkan industri IKS di Selangor?
Secara dasarnya tiada peruntukan dan insentif khusus yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk pemain industri IKS kerana insentif bagi menggalakkan dan mengembangkan industri IKS telah disediakan dibawah Kerajaan Persekutuan.
Namun begitu, dalam usaha membantu pengembangan perniagaan usaha mikro di Selangor, Kerajaan Negeri telah menyediakan sejumlah peruntukan bagi tujuan tersebut.
-
Berapakah nilainya dan berapa ramaikah penerima di DUN Selat Klang?
Bagi tahun 2024, sebanyak RM 2.4 juta diperuntukan oleh Kerajaan Negeri untuk Dana Usahawan mikro di Negeri Selangor dan sebanyak 104 usahawan telah menerima manfaat tersebut.
Bagi daerah Klang, seramai 13 usahawan telah menerima manfaat dibawah Dana Usahawan Mikro Selangor.