Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

330) USAHAWAN BELIA

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah jenis, jumlah dan insentif untuk membangunkan usahawan belia Selangor terutama di DUN Selat Klang?

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

    1. a) Untuk Makluman Yang Berhormat, antara insentif yang disediakan Kerajaan Negeri untuk membangunkan usahawan Negeri Selangor termasuk golongan belia di DUN Selat Klang adalah seperti berikut:

    1. Geran Dana Usahawan Madani Selangor (DUMS)

    Geran DUMS merupakan program khas dalam bentuk mesin atau peralatan untuk membantu usahawan di Negeri Selangor bagi meningkatkan hasil pengeluaran produk dan jualan. Sebanyak RM2.4 juta telah diperuntukkan untuk program DUMS pada tahun 2024. Setiap pemohon yang menepati syarat dan kelayakan yang ditetapkan berpeluang untuk dipertimbangkan untuk menerima bantuan sehingga RM30,000.00.

    Pentadbiran ini tidak dapat mengemukakan data menumpukan kepada DUN Selat Klang. Namun, berdasarkan data penerima DUMS, penerima DUMS dari Daerah Klang adalah seperti berikut:

    Tahun Bil. Penerima Jumlah Geran DUMS (RM)
    2023 10 249,923
    2024 24 454,386

    1. Program U-PLATS

    Selaras dengan arus kemodenan, Kerajaan Negeri giat menjalankan kempen digitalisasi bagi menggalakkan usahawan di Negeri Selangor termasuk penjaja dan peniaga pasar malam untuk menjalankan dan memasarkan perniagaan secara dalam talian. Program Pembangunan Usahawan PLATS (U-PLATS) merupakan program latihan yang ditawarkan di setiap kawasan mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mempersiapkan peniaga ke arah digitalisasi.

    Sehingga bulan September 2024, jumlah usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang berdaftar dengan PLATS adalah seramai 40,333 peniaga. Berdasarkan semakan, seramai 1,258 orang PMKS di bawah Majlis Perbandaran Klang telah berdaftar di bawah PLATS dan mengikut kategori berikut:

    Bil Kategori Jumlah Peniaga
    1. Pasar 301
    2. Bazar 4
    3. Kedai 970
    4. Penjaja 886
    5. Trak makanan 1
    6. Medan selera 21
    7. Home based 29
    8. Lain-lain 21

    • Program Selangor 1000 Digital

    Penganjuran program ini dengan kerjasama SIDEC adalah untuk mendigitalisasikan usahawan di Negeri Selangor. Sehingga kini, sebanyak lima (5) daerah telah terlibat di dalam Program ini iaitu Petaling, Sabak Bernam, Sepang, Hulu Langat dan Gombak dengan penyertaan 1,620 orang dari seluruh negeri Selangor.

    Melalui kempen ini, warga belia mendapat manfaat melalui penggunaan teknologi dan penyelesaian digital bagi meningkatkan potensi dan pendapatan usahawan melalui platform digital. Belia juga boleh dilatih untuk menjadi hos penstriman langsung (live seller) yang boleh menjana pendapatan melalui platform digital.

  2. Berapakah jumlah usahawan-usahawan belia di dalam Negeri Selangor terutama di DUN Selat Klang yang telah menerima insentif-insentif yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri?

Lampiran

Tiada Lampiran.