Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

328) IBU TUNGGAL

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan kerajaan untuk mengenal pasti dan menyalur bantuan pantas bagi golongan ibu tunggal yang menjaga anak bersekolah agar anak-anak tidak tercicir persekolahan?

    Soalan (a) dan (c) dijawab bersekali.

    Kerajaan Negeri memandang serius terhadap isu yang dihadapi oleh golongan ibu tunggal dan sentiasa mencari jalan penyelesaian untuk menyediakan bantuan kepada mereka. Antara bantuan yang disediakan adalah Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS). Program BINGKAS adalah terbuka untuk semua golongan yang berkelayakan termasuk golongan ibu tunggal. Bantuan ini bertujuan bagi meringankan beban kos sara hidup terutama mereka yang berpendapatan rendah bagi menampung keperluan kehidupan asas termasuk peralatan persekolahan.

     

    Pada tahun 2024, Insentif Penjagaan Anak bagi Wanita Bekerja (Program MamaKerja) diwujudkan bagi menghargai wanita bekerja khususnya kepada golongan ibu termasuk ibu tunggal yang bekerja untuk mengurangkan kos penjagaan anak-anak. Sasaran 5,000 wanita bekerja akan menerima insentif berjumlah RM1,000 secara one-off dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM5 juta. MamaKerja menyasarkan ibu bekerja yang mempunyai anak berusia 12 tahun ke bawah dengan pendapatan isi rumah RM8,000.00 ke bawah.

     

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menyediakan bantuan kewangan bulanan seperti Bantuan Kanak-kanak dengan kadar RM150 hingga maksimum RM1,000 sebulan. RM200 seorang bagi anak yang berumur 6 tahun dan ke bawah dan RM150 seorang bagi anak yang berumur 7 hingga 18 tahun dipertimbangkan kepada keluarga miskin atau ibu / bapa tunggal yang menjaga anak-anak mereka.

     

    Bantuan Am Negeri dengan tiga kadar iaitu RM250, RM300 atau RM350 sebulan juga dipertimbangkan kepada keluarga miskin dan kumpulan sasar lain yang memerlukan termasuk ibu tunggal.

  2. Berapa ramaikah ibu tunggal yang berdaftar di DUN Selat Klang?

    Untuk makluman, Kerajaan Negeri tidak mempunyai data ibu tunggal yang berdaftar. Walau bagaimanapun, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri  Selangor (JKM) mempunyai data ibu tunggal yang menerima bantuan mengikut daerah seperti berikut:

     

    DAERAH BANTUAN KANAK-KANAK BANTUAN PENJAGAAN OKU / PESAKIT KRONIK TERLANTAR BANTUAN AM JUMLAH
    GOMBAK

    274

    235 438

    947

    HULU LANGAT

    336

    301 953

    1590

    HULU SELANGOR

    312

    105 269

    686

    KLANG

    795

    269 1257

    2321

    KUALA LANGAT

    235

    131 311

    677

    KUALA SELANGOR

    255

    194 253

    702

    PETALING

    115

    117 255

    487

    SABAK BERNAM

    169

    163 269

    601

    SEPANG

    291

    129 375

    795

    SHAH ALAM

    109

    85 135

    329

    SUBANG JAYA

    205

    213 238

    656

    JUMLAH

    3096

    1942 4753

    9791

  3. Apakah jenis bantuan yang telah mereka terima?

    Soalan (a) dan (c) dijawab bersekali.

    Kerajaan Negeri memandang serius terhadap isu yang dihadapi oleh golongan ibu tunggal dan sentiasa mencari jalan penyelesaian untuk menyediakan bantuan kepada mereka. Antara bantuan yang disediakan adalah Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS). Program BINGKAS adalah terbuka untuk semua golongan yang berkelayakan termasuk golongan ibu tunggal. Bantuan ini bertujuan bagi meringankan beban kos sara hidup terutama mereka yang berpendapatan rendah bagi menampung keperluan kehidupan asas termasuk peralatan persekolahan.

     

    Pada tahun 2024, Insentif Penjagaan Anak bagi Wanita Bekerja (Program MamaKerja) diwujudkan bagi menghargai wanita bekerja khususnya kepada golongan ibu termasuk ibu tunggal yang bekerja untuk mengurangkan kos penjagaan anak-anak. Sasaran 5,000 wanita bekerja akan menerima insentif berjumlah RM1,000 secara one-off dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM5 juta. MamaKerja menyasarkan ibu bekerja yang mempunyai anak berusia 12 tahun ke bawah dengan pendapatan isi rumah RM8,000.00 ke bawah.

     

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menyediakan bantuan kewangan bulanan seperti Bantuan Kanak-kanak dengan kadar RM150 hingga maksimum RM1,000 sebulan. RM200 seorang bagi anak yang berumur 6 tahun dan ke bawah dan RM150 seorang bagi anak yang berumur 7 hingga 18 tahun dipertimbangkan kepada keluarga miskin atau ibu / bapa tunggal yang menjaga anak-anak mereka.

     

    Bantuan Am Negeri dengan tiga kadar iaitu RM250, RM300 atau RM350 sebulan juga dipertimbangkan kepada keluarga miskin dan kumpulan sasar lain yang memerlukan termasuk ibu tunggal.

Lampiran

Tiada Lampiran.