Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
327) PERUNTUKAN MARRIS
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status peruntukan MARRIS bagi membaiki jalan-jalan kampung yang telah rosak terutama di Kampung Sungai Udang, Kampung Telok Gadong dan Kampung Delek di dalam DUN Selat Klang?
Sebanyak 51 senarai jalan yang telah didaftarkan di dalam sistem MARRIS bagi kawasan DUN Selat Klang melibatkan Kampung Sungai Udang, Kampung Telok Gadong dan Kampung Delek di dalam DUN Selat Klang.
Status pembaikan jalan-jalan kampung yang didaftarkan di dalam MARRIS adalah seperti di bawah iaitu sebanyak 30 jalan yang didaftarkan telah dilaksanakan oleh Pejabat Daerah dan KPLB manakala 21 jalan belum menerima kelulusan atau peruntukan :-
Nama Kampung
Jumlah didaftarkan dalam MARRIS 2024
Telah dilaksanakan
Belum Laksana / Belum diluluskan peruntukan
Pejabat Daerah
KPLB
1) Kampung Sungai Udang 8
1
1
6
2) Kampung Telok Gadong 31
17
1
13
3) Kampung Delek 12
10
0
2
JUMLAH
51
28
2
21