Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
325) GANGGUAN BEKALAN AIR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan berapa kali berlaku henti tugas loji rawatan air yang berpunca dari pencemaran sumber air mentah dan pencemaran bau di beberapa sungai utama dalam Negeri Selangor dalam tahun 2023 dan 2024? Berapa jumlah kawasan dan akaun pengguna yang terlibat dalam tempoh gangguan bekalan air ini?
Pada tahun 2023, terdapat empat (4) henti tugas LRA yang berpunca daripada pencemaran sumber air mentah dan pencemaran bau mengakibatkan gangguan bekalan air kepada pengguna. Manakala pada tahun 2024 (hingga September), terdapat empat (4) henti tugas LRA yang mengakibatkan gangguan bekalan air kepada pengguna disebabkan oleh pencemaran sumber air mentah dan pencemaran bau.
Jumlah kawasan dan akaun pengguna yang terlibat dalam tempoh gangguan bekalan air bagi tahun 2023 dan 2024 (sehingga September) adalah seperti jadual di bawah.
Insiden Pencemaran yang Mengakibatkan Gangguan Bekalan Air bagi tahun 2023:
No. Bulan Insiden Pencemaran yang Mengakibatkan Gangguan Bekalan Air Jumlah Kawasan Terlibat Jumlah Akaun Terlibat 1 Februari Henti Tugas Sementara Loji Rawatan Air Rantau Panjang (LRA Rantau Panjang), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) dan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (LRA SSP3) berikutan Insiden Pencemaran Bau Di Muka Sauk LRA Rantau Panjang 1,037
1,084,024
2 Ogos Gangguan Bekalan Air Akibat Pengurangan Air Terawat Loji Rawatan Air Rantau Panjang (LRA Rantau Panjang), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) dan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (LRA SSP3) berikutan Berikutan Kekeruhan Air Mentah yang Tinggi Akibat Aliran Kepala Air di Sungai Kerling 468
637,962
3 September Gangguan Bekalan Air akibat Henti Tugas Sementara Loji Rawatan Air Sungai Gombak Berikutan Peningkatan pH dalam Air Mentah di Sungai Gombak 19
4,229
4 Jun Gangguan Bekalan Air akibat Henti Tugas Sementara Loji Rawatan Air Sungai Gombak (LRA Sg Gombak) Akibat Pencemaran Buih dalam Air Mentah Di Sungai Gombak 19
4,229
5 Oktober Gangguan Bekalan Air akibat Henti Tugas Sementara Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2), Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang (LRA Rantau Panjang) Berikutan Insiden Pencemaran Bau di Sungai Selangor 800
770,684
Insiden Pencemaran yang Mengakibatkan Gangguan Bekalan Air bagi tahun 2024 (sehingga September 2024):
No.
Bulan
Insiden Pencemaran yang Mengakibatkan Gangguan Bekalan Air Jumlah Kawasan Terlibat Jumlah Akaun Terlibat 1 Februari
Gangguan Bekalan Air akibat Henti Tugas Sementara Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA Sg Semenyih) Akibat Pencemaran Bau Di Sungai Semenyih 166
87,079
2 Jun
Gangguan Bekalan Air akibat Henti Tugas Sementara Loji Rawatan Air Sungai Gombak (LRA Sg Gombak) Akibat Pencemaran Buih dalam Air Mentah Di Sungai Gombak 19
4,229
3 Julai
Gangguan Bekalan Air akibat Henti Tugas Sementara Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2), Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang (LRA Rantau Panjang) Berikutan Insiden Pencemaran Bau di Sungai Selangor 1,141
1,124,781
4 Ogos
Gangguan Bekalan Air Akibat Henti Tugas Sementara Loji Rawatan Air Bernam River Headworks (LRA BRH) Berikutan Peningkatan Kekeruhan dalam Air Mentah 206
34,821