Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

319) PELAN PERNIAGAAN AIR SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan butiran pelan perniagaan Air Selangor yang melibatkan perbelanjaan modal dan perbelanjaan operasi yang dipersetujui oleh Kerajaan Negeri dan dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi tahun 2024 dan 2025?

    Dalam pelan perniagaan Air Selangor untuk tempoh operasi kedua daripada tahun 2023 hingga 2026, perbelanjaan modal dan perbelanjaan operasi yang telah diluluskan oleh SPAN bagi tahun 2024 dan 2025 adalah seperti berikut:

      2024 2025 Butiran
    Perbelanjaan modal (CAPEX) RM1,267.4 juta RM3,295.1 juta Sebahagian besar perbelanjaan modal adalah untuk pembangunan Skim Bekalan Air Rasau Peringkat 2 (2025), program penurunan NRW termasuk penggantian paip sebanyak 300km setahun, dan penambahbaikan loji rawatan air dan sistem agihan sedia ada.
    Perbelanjaan operasi

    (OPEX)

    RM2,246.9 juta RM2,296.9 juta

    Penyumbang kos terbesar adalah:

    ●       Kos penyelenggaraan aset air

    ●       Kos kakitangan

    ●       Kos elektrik

    ●       Kos pembelian air terawat

    ●       Kos IT

    ●       Kos kimia

     

    *Tidak termasuk kos lain seperti kos pembiayaan dan pemajakan, kos susut nilai, dll.

Lampiran

Tiada Lampiran.