Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

318) PROGRAM INSAN TAKAFUL

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Program INSAN telah ditamatkan manakala perlindungan untuk pencarum INSAN Takaful akan tamat pada pertengahan tahun 2025. Nyatakan jumlah sebenar pencarum sukarela dan pencarum yang didaftarkan oleh Kerajaan Negeri sehingga 30 September 2024. Apakah perancangan Kerajaan selepas tamat tempoh perlindungan INSAN Takaful?

    Untuk program Insuran Am Selangor (INSAN) Takaful, pendaftaran sukarela sehingga 30 Sept 2024 adalah 116, 169 orang. (Jumlah ini adalah 3.87% daripada 3 juta yang disasarkan). Bagi memastikan baki kuota polisi INSAN Takaful berjumlah 2,883,831 diaktifkan, pihak Kerajaan Negeri (“KN”) sedang melaksanakan:

     

    1. Pengemaskinian terma dan syarat iklan am bagi membolehkan KN mendaftar penerima bantuan dan program-program sedia ada di bawah KN untuk program INSAN Takaful, seperti penerima Iltizam Selangor Sihat (ISS), Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Skim Air Darul Ehsan (SADE). Sekiranya terdapat penerima bantuan tersebut tidak bersetuju untuk didaftarkan, mereka diberi pilihan untuk dikeluarkan (opt-out) dalam tempoh 30 hari daripada iklan dikeluarkan melalui email insanbantuan@wavpay.net dan hotline +60 16 2534199.
    2. Pendaftaran pelajar, guru dan kakitangan sekolah di seluruh sekolah rendah dan menengah KN.Bagi pendaftaran pelajar sekolah, mereka perlu mendapatkan persetujuan ibu bapa melalui imbasan kod QR atau borang akuan kebenaran, bagi guru dan kakitangan sekolah akan diselaraskan oleh pihak sekolah sendiri.
    3. Pengaktifan baki kuota program INSAN Takaful melalui “data agregator” atau perkongsian dan pengunaan data di dalam repositori KN.

    Untuk hala tuju INSAN Takaful akan datang, KN sedang melaksanakan rasionalisasi dengan memperhalusi pelaksanaan Skim Perlindungan Rakyat Selangor yang berkenaan manfaat kematian, supaya program baharu yang dicadangkan adalah lebih bersasar dan menyeluruh, seperti khairat kematian bagi memastikan agar lebih sistematik dan tidak bertindan.

Lampiran

Tiada Lampiran.