Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

314) PENYERTAAN BELIA DALAM PENDIDIKAN TVET

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah kadar penyertaan belia dalam institusi-institusi TVET Negeri Selangor?

    Statistik penyertaan belia dalam program-program TVET terutama melibatkan program-program kemahiran di STDC Kampus Kuala Selangor dan persijilan profesional di STDCx Kampus Shah Alam menunjukkan peningkatan yang ketara dari masa ke semasa. Ini berkait rapat dengan inisiatif-inisiatif khusus daripada Kerajaan Negeri Selangor seperti inisiatif IKTISASS serta hala tuju pembangunan Kerajaan Negeri yang memberi penekanan yang komprehensif kepada penyediaan lapangan pembangunan sumber tenaga mahir untuk menampung keperluan industri Selangor. Berikut merupakan kadar penyertaan belia di Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) bagi tahun 2023 dan 2024:

     

    Bil.

     

    Institusi

    Bil. Penyertaan Belia Kadar

    Peningkatan Penyertaan

    2023 2024
    1. Kampus Kuala Selangor 431 orang 562 orang 23.3%
    2. Kampus Shah Alam 712 orang 944 orang 24.6%
    Jumlah 1,143 orang 1,506 orang 24.1%
  2. Apakah inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mempromosikan institusi TVET?

    Inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mempromosikan institusi TVET antaranya adalah STDC telah memeterai MoU dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai salah satu inisiatif untuk memperkukuhkan program TVET di Selangor. Melalui MoU ini, kerjasama strategik antara STDC dan KPM dapat dilaksanakan, termasuk dalam aspek pembangunan kurikulum, perkongsian sumber, dan promosi program TVET kepada pelajar sekolah di peringkat nasional.

    Kerajaan Negeri Selangor juga mempromosikan institusi TVET melalui penglibatan STDC di dalam program-program anjuran Kerajaan Negeri seperti penyertaan pameran di Selangor Investment and Industrial Park Expo (SPARK 2024), pameran Informasi Kerjaya dan yang terkini penganjuran Program Selangor Education Summit 2024 yang akan diadakan pada 27 November hingga 1 Disember 2024 di Setia City Convention Centre. Program seumpama ini diyakini dapat mempromosikan institusi TVET di bawah Kerajaan Negeri Selangor sehingga ke peringkat antarabangsa.

    Selain itu Kerajaan Negeri melalui agensi pelaksana seperti STDC mengadakan inisiatif tertentu dalam mempromosikan pendidikan TVET di Selangor. Antaranya adalah penawaran kursus jangka pendek secara percuma seperti Kemahiran Baik Pulih Peralatan, Eksplorasi AI dan ChatGPT, pembuatan kek viral, jahitan kreatif, asas penyelenggaraan motosikal, yang mana kursus-kursus ini dapat memperkenalkan STDC sebagai institusi TVET serta menarik minat masyarakat untuk memilih pendidikan TVET.

    Dengan inisiatif-inisiatif ini, Kerajaan Negeri Selangor komited untuk meningkatkan minat dan penyertaan dalam pendidikan TVET serta memperkukuh kedudukan institusi TVET di Selangor sebagai pilihan pendidikan dan latihan yang berprestij.

  3. Senaraikan kursus yang ditawarkan di institusi TVET milik Kerajaan Negeri Selangor.

    Kursus yang ditawarkan di institusi TVET milik Kerajaan Negeri Selangor adalah seperti berikut:

    1. STDC Kuala Selangor
      1. Kursus Sepenuh Masa – Sijil Kemahiran Malaysia

     

    STDC menawarkan kursus latihan dan kemahiran Sepenuh Masa bagi Persijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia bermula dari tahap 1 sehingga tahap 4. Maklumat tawaran kursus sedia ada adalah seperti berikut;

     

    BIL. SEKTOR KURSUS TAHAP
    1 2 3 4
    1. Teknologi Automotif Servis Selepas Jualan / / /
    2. Pengecatan Kenderaan /
    3. Teknologi Maklumat Operasi Sistem Komputer / /
    4. Kejuruteraan Elektrik Pendawaian Elektrik / /
    5. Kulinari & Pastri Penyediaan Makanan /
    6. Pembuatan Pastri /
    7. Teknologi Motosikal Penyelenggaraan Motosikal / /
    8. Tekstil & Pakaian Pembuat Pakaian Wanita / /
     

    9.

    Teknologi Penyamanan Udara Pemasangan, Servis & Baikpulih Penyamanan Udara /

     

    1. Kursus Sepenuh Masa & Separuh Masa bagi Program Persijilan Pendawai Elektrik dan Penjaga Jentera, Suruhanjaya Tenaga.

     

    Bil Sektor Kursus
    1  

    Kejuruteraan Elektrik

    Pendawai Elektrik Fasa Tunggal (PW2)
    2 Pendawai Elektrik Tiga Fasa (PW4)
    3 Penjaga Jentera (AO)

     

    • Kursus Jangka Pendek Profesional

     

    Terdapat pelbagai jenis kursus jangka pendek yang ditawarkan mengikut keperluan semasa industri seperti Pengendalian Dron, Juruteknik Penyamanan dan Penyejukbekuan Persijilan Jabatan Alam Sekitar, Fiber Optic Technician.

     

    1. STDCx Shah Alam

    STDCx Shah Alam menawarkan kursus pensijilan profesional melalui program kolaborasi bersama industri seperti Apple, Siemens, Festo dan Dassault Systems. Di antara kursus-kursus persijilan profesional yang ditawarkan di STDCx Shah Alam adalah seperti berikut:

     

    BIL. KURSUS MAKLUMAT KURSUS
     

    1.

    Kursus Pensijilan Profesional – Siemens Kursus melibatkan program-program persijilan pembuatan termaju dalam bidang PLC (Programmable Logic Control), digital manufacturing, aplikasi Siemens Mendix, sistem

    mekatronik industri dan lain-lain.

     

    2.

    Kursus Pensijilan Profesional – Apple Kursus melibatkan program pembangunan aplikasi menggunakan pelantar iOS Apple, konten Kreatif, device menagement dan lain-lain.
     

     

    3.

    Kursus Pensijilan Profesional – Festo Kursus persijilan Festo dengan penekanan khusus kepada implementasi konsep IR 4.0 kepada perindustrian dan sistem pengilangan atas talian (ioT). Turut melibatkan program pendidikan kepada sistem hydraulik dan pneumatik dalam aplikasi

    robotik termaju.

    4. Kursus

    Pensijilan Profesional – Dassault Systemens

    Kursus persijilan dalam bidang Computer Aided Design (CAD) menjurus kepada pembangunan

    konsep digital kembar (Digital Twin) untuk bidang automotif,     aero-angkasa dan pembangunan bandar pintar.

    5. Kursus Pensijilan Profesional – KNX Kursus persijilan khusus yang melibatkan kedua- dua kampus Shah Alam dan Kuala Selangor dalam bidang elektrikal dan bangunan pintar (Building Autonomous System, BAS).

Lampiran

Tiada Lampiran.