Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
311) JUALAN EHSAN RAHMAH (JER)
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimanakah program ini diiklankan kepada masyarakat untuk memastikan penyertaan yang maksimum?
Untuk memastikan penyertaan maksimum dalam program Jualan Ehsan Rahmah, langkah-langkah berikut boleh diambil dalam mempromosikannya kepada masyarakat:
- Pengiklanan di Media Sosial
Menggunakan platform seperti Facebook, Instagram dan TikTok untuk mempromosikan Jualan Ehsan Rahmah termasukan di media sosial PKPS, KPDN Selangor, Media Selangor dan pihak penganjur seperti Pusat Khidmat Masyarakat.
- Bekerjasama dengan Pemimpin Komuniti
Pemimpin setempat seperti penyelaras pusat khidmat, ketua kampung dan ahli jawatankuasa penduduk diberi maklumat mengenai program JER supaya mereka dapat menyebarkan maklumat dalam komuniti masing-masing.
- Hebahan Melalui WhatsApp
Membuat kumpulan WhatsApp atau Telegram untuk menyampaikan maklumat program kepada ahli-ahli komuniti. Hebahan ini boleh disebarkan lagi oleh setiap ahli kepada kenalan masing-masing.
- Promosi di Outlet dan Pasar Raya Ehsan Mart
Memasang paparan atau informasi khusus mengenai Jualan Ehsan Rahmah di kedai-kedai Ehsan Mart untuk menarik pelanggan sedia ada agar turut menyertai.
-
Apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan barangan yang dijual dalam program ini berkualiti tinggi?
Langkah-langkah yang diambil untuk memastikan barangan yang dijual JER berkualiti tinggi adalah dengan menjalankan pemeriksaan kualiti pada setiap peringkat pengeluaran dan penerimaan stok di gudang. Ini termasuk pemeriksaan ke atas tekstur, warna, bau, dan penampilan produk untuk memastikan kualiti yang konsisten.
Selain itu, melatih kakitangan mengenai cara pengendalian dan penyimpanan produk yang betul untuk memastikan produk berada dalam keadaan terbaik sehingga sampai kepada pelanggan.
Sistem maklum balas yang aktif bagi mendapatkan pendapat pelanggan mengenai kualiti produk yang dijual juga diperkenalkan. Maklum balas ini boleh digunakan untuk melakukan penambahbaikan dan mengenalpasti sebarang masalah dengan segera.
-
Bagaimanakah reaksi masyarakat terhadap pelaksanaan Program Jualan Ehsan?
JER mendapat sambutan yang sangat positif dan telah memberikan manfaat yang signifikan kepada lebih 6 juta penduduk Selangor sejak diperkenalkan pada September 2022.
Selain itu, kerjasama dengan pasar raya seperti Segi Fresh telah memperluas capaian program ini, membolehkan lebih ramai penduduk menikmati manfaat JER.