Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
310) SUMBANGAN INFRASTRUKTUR SEKOLAH-SEKOLAH
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah sumbangan yang telah diberikan kepada sekolah-sekolah di seluruh Negeri Selangor bagi tahun 2023-2024? Berikan mengikut pecahan daerah.
Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor merupakan inisiatif di bawah Iltizam Selangor Penyayang bagi membaikpulih infrastruktur sekolah dalam penyediaan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang selamat dan kondusif kepada guru dan pelajar. Bagi tahun 2024, agihan bantuan sekolah akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat setelah proses semakan dan penilaian permohonan selesai berdasarkan jumlah peruntukan yang telah diluluskan iaitu berjumlah RM26,500,000.00. Rekod penyaluran sumbangan oleh Kerajaan Negeri bagi tahun 2023 adalah berjumlah RM26,455,000.00 dengan perincian seperti berikut:
Daerah Jumlah (RM) Petaling 6,750,947.00 Klang 5,871,515.00 Hulu Langat 3,289,695.00 Gombak 2,593,339.00 Kuala Langat 1,637,660.00 Sepang 1,941,810.00 Sabak Bernam 604,000.00 Kuala Selangor 2,435,034.00 Hulu Selangor 1,331,000.00 JUMLAH 26,455,000.00 -
Senaraikan jumlah bantuan CSR yang telah disalurkan ke sekolah-sekolah di DUN Bukit Melawati bagi tahun 2023-2024 beserta jumlah yang diterima.
Berdasarkan maklum balas yang dikemukakan oleh Menteri Besar Incorporated (MBI), jumlah bantuan CSR yang telah disalurkan ke sekolah-sekolah di DUN Bukit Melawati melalui MBI bagi tahun 2023-2024 adalah seperti berikut:-
TAHUN 2023
Bil. Perkara Sekolah Sumbangan 1. Projek baik pulih sekolah SK Tanjung Keramat RM5,000.00 2. Elaun Makan Tengahari, Penyelaras Sekolah & Guru PTRS September 2023
SMK Seri Tanjung RM3,690.00 3. Elaun Makan Tengahari, Penyelaras Sekolah & Guru PTRS Oktober 2023
SMK Seri Tanjung RM3,690.00 4. Elaun Makan Tengahari, Penyelaras Sekolah & Guru PTRS September 2023
SMK Kuala Selangor RM3,690.00 5. Permohonan Sumbangan Pembinaan Surau Sekolah
SMK Kuala Selangor RM5,000.00 6. Elaun Makan Tengahari, Penyelaras Sekolah & Guru PTRS September 2023
SAM Jeram RM3,690.00 7. Elaun Makan Tengahari, Penyelaras Sekolah & Guru PTRS Oktober 2023
SAM Jeram RM3,690.00 JUMLAH KESELURUHAN RM28,450.00 TAHUN 2024
Bil Perkara Sekolah Sumbangan 1. Elaun Makan Tengahari, Penyelaras Sekolah & Guru PTRS November 2023
SMK Seri Tanjung RM3,690.00 2. Kejohanan Sepak Takraw MSSD Kuala Selangor 2024
SMK Seri Tanjung RM5,000.00 3. Elaun Makan Tengahari, Penyelaras Sekolah & Guru PTRS November 2023
SAM Jeram RM3,690.00 4. Menaiktaraf Pusat Sumber Baitul Hikmah SAM Jeram RM10,000.00 5. Elaun Makan Tengahari, Penyelaras Sekolah & Guru PTRS Ogos 2024
SMK Seri Tanjung RM3,690.00 6. Elaun Makan Tengahari, Penyelaras Sekolah & Guru PTRS Ogos 2024
SMK Kuala Selangor RM3,690.00 7. Elaun Makan Tengahari, Penyelaras Sekolah & Guru PTRS Ogos 2024
SAM Jeram RM3,690.00 JUMLAH KESELURUHAN RM33,450.00