Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

309) PASAR BORONG SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pendapatan yang diterima oleh PKPS melalui Pasar Borong Selangor sejak lima tahun kebelakangan ini?

    Jumlah pendapatan yang diterima oleh PKPS melalui Pasar Borong Selangor sejak lima tahun kebelakangan ini adalah seperti di bawah:

    TAHUN AMAUN (RM)
     
    Jan-Sept 2024 7,928,869

     

    Tahun 2023 10,203,713

     

    Tahun 2022 9,147,526

     

    Tahun 2021 8,246,714

     

    Tahun 2020 9,156,894

     

    JUMLAH 44,683,716
  2. Apakah inisiatif yang telah dilaksanakan oleh PKPS dalam mempromosi dan mengetengahkan potensi Pasar Borong Selangor?

    Inisiatif yang telah dilaksanakan oleh PKPS dalam mempromosi dan mengetengahkan potensi Pasar Borong Selangor (PBS) antaranya adalah:

    • Cadangan Penukaran Nama Pasar Borong Selangor
      Pasar Borong Selangor adalah antara perancangan Kerajaan Negeri Selangor bagi memajukan dan memodenkan sektor pertanian negeri Selangor. Cadangan nama baharu PBS adalah Terminal Agro Selangor (TAS).

     

    • Perancangan Pembangunan Semula PBS dan Bazaar Rakyat
      PKPS merancang pembangunan semula PBS dan Bazaar Rakyat di Daerah Petaling untuk meningkatkan kemudahan dan daya tarikan pasar borong tersebut.

    Melalui inisiatif-inisiatif ini, PKPS berusaha mempromosikan PBS sebagai pusat pemasaran borong setempat yang menawarkan barangan berkualiti pada harga berpatutan, sambil memastikan amalan integriti dan perancangan pembangunan yang berterusan.

Lampiran

Tiada Lampiran.