Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

307) ILTIZAM PENDIDIKAN SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah sebenar penerima manfaat di bawah inisiatif Iltizam Pendidikan Selangor mengikut pecahan semua inisiatif yang ada.

    Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) menawarkan biasiswa dan pinjaman pelajaran tanpa faedah bagi membiayai mahasiswa anak Selangor yang melanjutkan pengajian di IPTA dan IPTS di dalam dan luar negara. Setakat tahun 2024 program pembiayaan Pendidikan ini telah memberi manfaat kepada kira-kira 29,800 orang pelajar.

  2. Berapakah jumlah yang telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri Selangor sejak inisiatif ini mula diperkenalkan?

    Kerajaan Negeri telah membelanjakan anggaran sebanyak RM429,451,370.32 juta bagi pembiayaan pelajaran Anak Selangor di institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negara sejak inisiatif ini diperkenalkan di bawah TKWBNS.

Lampiran

Tiada Lampiran.