Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
297) INISIATIF KETERJAMINAN MAKANAN KUALA SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam mengembangkan inisiatif keterjaminan makanan seperti Inisiatif Pembangunan Kawasan Sabak Bernam (SABDA) ke Daerah Kuala Selangor khususnya di bawah DUN Jeram?
Sebahagian daripada pemacu perubahan yang dirangka dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1) ialah untuk membangunkan 3 wilayah pembangunan iaitu SABDA (Sabak Bernam Development Area), IDRISS (Integrated Development Region in South Selangor) dan SMG (Selangor Maritime Gateway) dengan tujuan untuk pengagihan hasil negeri yang menyeluruh melalui aktiviti ekonomi yang saksama merentas wilayah.
SABDA akan menjadi nadi penting kepada pertumbuhan kawasan daerah Sabak Bernam yang dibentuk untuk meningkatkan aktiviti ekonomi penduduk setempat di dalam daerah Sabak Bernam melalui 5 aktiviti teras dengan sasaran untuk mendapatkan pulangan kira-kira RM 240 juta setahun melalui aktiviti peningkatan hasil komoditi, industri pertanian, penyediaan perkhidmatan, pelancongan dan pembangunan infrastruktur.
Kerajaan Negeri sedang mengenalpasti dan mempertimbang kesesuaian memperluaskan program seumpama SABDA ke seluruh Negeri Selangor terutama ke Kuala Selangor bagi meningkatkan ekonomi setempat selaras dengan dasar Kerajaan Negeri untuk menjadi negeri pintar, berdaya huni dan makmur.