Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
289) DATA PENYAKIT GANGGUAN MENTAL.
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Jumlah pesakit mengikut daerah,
Untuk makluman Tuan Yang di Pertua, dapatan daripada Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2023, sebanyak 4.6% (1 juta) rakyat Malaysia yang berumur 15 tahun dan ke atas mengalami kemurungan. Prevalens mengikut umur adalah 7.9% (16-19 tahun), 7.6% (20-29 tahun), 3.1% (60 tahun dan keatas) dan prevalens bagi umur 30-59 tahun adalah dalam lingkungan 2.4%-4.1%. Laporan penuh mengikut negeri masih belum diterbitkan. Jadual di bawah menunjukkan bilangan kes gangguan mental di Klinik Kesihatan mengikut daerah di Selangor bagi tahun 2020 hingga 2024 (sehingga 31 September 2024):
Daerah Tahun 2020 2021 2022 2023 2024 (Sehingga 31 September 2024)
Gombak 135 156 194 183 183 Petaling 454 436 407 411 396 Hulu Langat 198 201 204 281 217 Klang 334 357 417 503 467 Kuala Langat 64 78 77 77 104 Kuala Selangor 164 185 217 220 217 Hulu Selangor 124 131 100 105 94 Sepang 215 218 300 364 403 Sabak Bernam 170 180 149 153 153 Selangor 1,858 1,942 2,065 2,297 2,234 Bilangan kes mental yang telah stabil dan meneruskan rawatan di KK bagi tren empat (4) tahun adalah lebih kurang sama bagi keseluruhan negeri Selangor. Klinik Kesihatan di Daerah Klang merawat pesakit tertinggi, iaitu lebih 450 kes setahun, diikuti oleh Klinik Kesihatan di daerah Sepang (lebih 400 pesakit) dan Petaling (lebih 350 pesakit).
Seterusnya, bilangan kes gangguan mental yang menerima rawatan (pesakit luar) di hospital seluruh negeri Selangor tahun 2020 hingga 2023 adalah seperti di bawah:
Hospital Tahun 2020 2021 2022 2023 Hospital Ampang 7,567 8,522 10,365 12,468 Hospital Banting 1,290 2,444 2,980 3,115 Hospital Cyberjaya 2,167 Hospital Kajang 8,154 11,483 13,492 14,936 Hospital Kuala Kubu Bharu 431 538 675 793 Hospital Orang Asli Gombak Hospital Selayang 15,620 16,550 20,184 17,951 Hospital Shah Alam 5,113 12,545 13,886 13,625 Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) Serdang 4,063 7,424 9,279 11,616 Hospital Sungai Buloh 6,135 5,789 8,815 10,461 Hospital Tanjong Karang 744 713 988 1,194 Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ), Sabak Bernam 1,421 1,640 1,843 2,123 Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang 18,232 20,673 25,370 26,841 Selangor 68,770 88,321 107,877 117,290 Terdapat peningkatan bilangan yang mendapatkan rawatan di Klinik Pakar Psikiatri di semua hospital di Selangor sejak 2020. Secara kumulatif klinik Pakar Psikiatri di Selangor telah melaksanakan 117,290 sesi rawatan Klinik Pakar sepanjang 2023 dan merupakan yang tertinggi setakat ini. Pada 2023, sebanyak 25,370 sesi rawatan telah dilaksanakan di HTAR Klang dan merupakan yang tertinggi di Selangor, diikuti Hospital Selayang 20,184 dan Hospital Shah Alam 13, 886 bagi sesi rawatan di Klinik Pakar Psikiatri.
-
Jumlah pesakit yang telah dapat dipulihkan.
Untuk makluman Tuan Yang di Pertua, untuk bilangan pesakit discaj daripada wad psikiatri mengikut hospital di Selangor (2020-2023) adalah seperti jadual di bawah:
Hospital Tahun
2020
2021 2022 2023
Hospital Ampang 86
73 98 131
Hospital Banting 47
43 45 50
Hospital Cyberjaya 0
0 0 44
Hospital Kajang 731
626 444 494
Hospital Kuala Kubu Bharu 13
16 14 6
Hospital Orang Asli Gombak 3
2 6 6
Hospital Selayang 0
52 217 477
Hospital Shah Alam 67
68 71 73
Hospital Sultan Idris Shah Serdang 60
62 79 223
Hospital Sungai Buloh 137
5 242 406
Hospital Tanjong Karang 45
37 41 85
Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam 34
21 21 31
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang 1,060
886 989 1,083
Pusat Kawalan Kusta Negara 11
0 0 0
Selangor 2,294
1,891 2,267 3,109
Terdapat peningkatan bilangan kes yang didiscaj daripada wad psikiatri, iaitu dari 2,294 (tahun 2020) ke 3,109 (tahun 2023). Secara kumulatif terdapat 9,561 discaj untuk tempoh 4 tahun (2020-2023). Pada tahun lepas, HTAR mencatatkan bilangan kes discaj tertinggi iaitu 1,083, diikuti Hospital Kajang 494 dan Hospital Sungai Buloh 406.
-
Strategi pemulihan dan pencegahan bagi memastikan tiada kes berulang.
Untuk makluman Tuan Yang di Pertua, terdapat beberapa pendekatan yang digunakan sebagai sebahagian dari strategi pemulihan dan pencegahan bagi memastikan kes tidak berulang.
MENTARI ialah pendekatan berorientasikan program pemulihan yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk meningkatkan jangkauan dan integrasi semula pesakit yang mengalami masalah kesihatan mental kedalam komuniti. Antara perkhidmatan yang ditawarkan di MENTARI adalah:
- Klinik Perunding
Klinik di MENTARI adalah klinik ‘pakar’, yang menyediakan rawatan kepada pelanggan tanpa surat rujukan (permohonan adalah atas talian melalui portal MENTARI) dan juga yang dirujuk oleh sumber rujukan konvensional yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan.
- Perkhidmatan Psikiatri Komuniti (CPS)
CPS menyediakan kesinambungan penjagaan bagi pelanggan yang telah menjalani rawatan susulan dari jabatan psikiatri masing-masing.
- Sokongan Pekerjaan – Penempatan dan Sokongan Individu (SEips)
Perkhidmatan ini memberi tumpuan kepada pekerjaan yang kompetitif untuk pelanggan dengan penyakit mental teruk yang ingin bekerja; dan juga sedang menerima rawatan di hospital masing-masing.
- Program Transisi Pekerjaan (ETP)
ETP merupakah langkah awal dalam persediaan pelanggan untuk memasuki pekerjaan yang kompetitif. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran kerja dan memupuk sikap kerja yang baik sambil memberikan insentif dan pemerkasaan melalui model perusahaan sosial.
- Kelab Pekerjaan dan Terapi Rekreasi
Untuk menggalakkan interaksi positif dengan pelanggan-pelanggan lain, melalui penggunaan masa lapang yang efektif dan untuk menggalakkan pemerkasaan pelanggan melalui aktiviti yang dipimpin oleh pelanggan.
- Kolaborasi Melalui Sukarelawan, Jangkauan dan Rangkaian
MENTARI boleh berkolaborasi dengan sektor kerajaan lain, badan bukan kerajaan (NGO), akademia atau syarikat swasta untuk mewujudkan perkongsian dalam mempromosikan kesihatan mental, penyediaan perkhidmatan, dan pemerkasaan komuniti terutamanya dalam menyediakan pekerjaan untuk pelanggan yang mengalami penyakit mental sederhana dan kritikal.
Untuk makluman Tuan Yang di Pertua, Pelan Tindakan bagi Program Kesihatan Mental Tahun 2024 di Selangor merangkumi tujuh (7) strategi seperti yang digariskan oleh Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (National Centre of Excellence of Mental Health, NCEMH), KKM.
Strategi 1: Pengukuhan Kolaborasi Inter-Sektoral serta Kerjasama Merentas Agensi
- Mesyuarat Teknikal Kesihatan Mental di peringkat Jabatan Negeri Selangor. Melibatkan semua stakeholders (Pakar Psikiatri, Kaunselor, Pejabat Kesihatan Daerah, Kerajaan Negeri Selangor, Jabatan Pendidikan, NGO). Dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali setahun. Untuk membentangkan pencapaian program, membincangkan isu dan langkah penambahbaikan serta kolaborasi bersama agensi lain.
Strategi 2: Meningkatkan Kemahiran Dan Pengetahuan Bagi Pengendalian Kesihatan Mental Di Peringkat Fasiliti Kesihatan Primer Dan Juga Unit Kesihatan Ibu Dan Anak.
- Perkhidmatan Minda Sihat di fasilliti kesihatan primer. Program rintis MyMinda menyasarkan 1 klinik kesihatan bagi setiap daerah. Saringan kesihatan mental (menggunakan saringan Whooley dan GAD-2) dalam kalangan klien berisiko di Jabatan Pesakit Luar.
- Perkhidmatan Minda Sihat di Unit Kesihatan Ibu dan Anak – saringan kesihatan mental (menggunakan saringan Whooley dan GAD-2) dalam kalangan ibu mengandung dan ibu yang telah melahirkan anak.
Strategi 3: Memperkasakan Kesedaran Kesihatan Mental Dalam Kalangan Masyarakat Melalui Literasi Kesihatan Mental.
- Pelaksanaan ToT Modul Literasi Kesihatan Mental di Peringkat Kesihatan Primer.
- Pelaksanaan Latihan Kesihatan Mental kepada Ketua Komuniti – LESTARI (Leader Star in Mental Health) – masih dalam draf pelaksanaan.
- Psychological First Aid (PFA) akan dilaksanakan di kalangan anggota SUK, Ketua Komuniti dan agensi barisan hadapan. Cadangan perlaksanaan adalah dengan kerjasama SUK di mana input teknikal adalah daripada JKNS dan logistik di bawah SUK
Strategi 4: Pemerkasaan Kesihatan Mental Di Tempat Kerja.
- Pelaksanaan sudut minda sihat di fasiliti kesihatan bagi mempromosi kesihatan mental dalam kalangan warga kerja di KKM dengan kerjasama Unit Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (KPAS).
Strategi 5: Sambutan Hari Kesihatan Mental.
- Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Negeri Selangor akan dilaksanakan pada 6 November 2024.
Strategi 6: Pelaksanaan Aktiviti – Aktiviti Pencegahan Tingkah Laku Bunuh Diri di bawah Program MySAVE (Malaysia Suicide Awareness Voice of Hope).
- Latihan pengendalian tingkah laku bunuh diri kepada anggota kesihatan (mySAVE). ToT MySAVE telah diadakan pada 4-6 Mac 2024 oleh NCEMH kepada semua wakil JKN. Satu latihan telah dilaksanakan kepada anggota kesihatan pada 25-27 Jun 2024. Seminar Pencegahan Penderaan Kanak- Kanak dan Remaja 2024 telah diadakan pada 5 Jun 2024 di Auditorium PPAS dengan kerjasama agensi lain (SUK, PDRM, JKM, SUHAKAM)
Strategi 7: Memperkasa/ Kebolehcapaian Perkhidmatan Kesihatan Mental
Bersama Agensi Lain.
- Hub Kesihatan Mental di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM). Perkhidmatan kaunseling secara fizikal ini dibuat secara berjadual yang dirancang bersama oleh SUK, LPPKN dan JKNS. Ianya masih dalam perbincangan pelaksanaan. Disebabkan oleh jumlah kaunselor yang sangat minimum di setiap PKD (1-2 orang sahaja) dan beban pesakit yang semakin ramai, telah menyebabkan masa menunggu temujanji kaunseling yang panjang. PKM merupakan pusat yang lebih sesuai untuk penyelesaian isu terutamanya yang berkaitan sosioekonomi dan ianya mudah diakses kepada orang awam
- Menguna sama slot kaunseling yang ditawarkan oleh LPPKN untuk memberi pilihan dalam perkhidmatan kaunseling yang lebih sesuai kepada klien/ orang awam yang memerlukan.
Begitu juga, talian bantuan kesihatan mental oleh NCEMH iaitu Talian HEAL 1555 telah diwujudkan sejak 21 Oktober 2022 dan ia dibuka setiap hari, dari jam 8 pagi hingga 12 tengah malam termasuk cuti umum.