Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

278) SEKOLAH AGAMA KELOLAAN JAIS

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan sekolah agama di bawah kelolaan JAIS yang mengalami masalah akses internet berkelajuan tinggi?

    Berdasarkan data JAIS, terdapat  13.58% iaitu 75 buah sekolah daripada 552 buah sekolah kelolaan JAIS yang mengalami masalah akses internet berkelajuan tinggi. Butiran adalah seperti berikut :

     

    Bil Daerah MITS SRA SRAI KAFAI PRA
    1 Sabak Bernam 0 6 1 2 0
    2 Kuala Selangor 0 1 0 1 0
    3 Klang 0 3 0 5 0
    4 Petaling 0 8 0 12 0
    5 Kuala Langat 1 3 0 1 0
    6 Sepang 0 2 0 1 0
    7 Hulu Langat 0 3 0 5 0
    8 Gombak 0 0 1 12 1
    9 Hulu Selangor 0 3 0 2 1
    JUMLAH 1 29 2 41 2
  2. Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah jurang digital di kalangan guru-guru di sekolah agama negeri?

    Kerajaan Negeri melalui JAIS sentiasa berusaha merapatkan jurang digital kalangan guru-guru di sekolah agama negeri. Beberapa aspek dari segi pengetahuan dan kemahiran digital sentiasa dititikberatkan dan telah mula dilaksanakan bermula tahun 2021 dengan pelaksanaan e-Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran (eRPH). Kemudian diikuti dengan aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah melalui Sistem eSekolah, eRiten dan eGKAFA serta pengajaran secara maya melalui eTadris. Selain itu, JAIS telah melaksanakan sebanyak 37 kursus ICT yang dilaksanakan oleh Institut Pemberdayaan Ummah Negeri Selangor (INSPES) melibatkan seramai 1690 guru seluruh negeri Selangor pada 2023 dan 2024.

  3. Berapakah peruntukan di dalam bajet 2025 bagi memastikan rangkaian internet berkelajuan tinggi dapat diakses di semua sekolah agama negeri?

    JAIS telah mengemukakan permohonan peruntukan tahun 2025 untuk pemasangan dan naik taraf internet sekolah-sekolah dibawah seliaan JAIS berjumlah RM882,000.00 setahun bagi tujuan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.