Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

274) ANAK LUAR NIKAH

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah statistik terkini mengenai jumlah anak luar nikah di Selangor dari 2020 hingga terkini?

    Statistik terkini mengenai jumlah anak luar nikah (remaja hamil) di Selangor dari 2020 hingga terkini

    TAHUN 10-14 tahun 15-17 tahun 18-19 tahun JUMLAH
    2020 8 0 432 440
    2021 15 241 416 672
    2022 12 202 461 675
    2023 21 230 548 799
    2024 13 157 385 555

     

    Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

  2. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk menangani kadar kehamilan luar nikah khususnya di kalangan remaja?

    Usaha kerajaan bagi membendung perkara ini :

    1. Program Advokasi Perlindungan Kanak-kanak: Kasih Kanak-kanak

    Kerajaan Negeri melalui JKM dan dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan telah  mengadakan Program Advokasi Perlindungan Kanak-kanak Negeri Selangor 30 November 2023 di tiga (3)  buah sekolah di Daerah Sepang.  Program ini juga telah mendapat Kerjasama daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor.  Bagi tahun 2024, JKM akan meneruskan program ini dengan ke 30 buah sekolah di semua Daerah dalam negeri Selangor.

    Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada kanak-kanak dalam aspek keselamatan serta perlindungan kanak-kanak yang mana antara pengisian program ini memberi pendedahan berkaitan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat serta Klik dengan Bijak.

     

           2. Perkhidmatan Khidmat Nasihat dan      Kaunseling

    Perkhidmatan ini turut disediakan kepada ibu di bawah umur atau wanita yang mengandung luar nikah. Seramai 23 orang Pegawai Psikologi di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (JKMN) dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) sentiasa bersedia untuk membantu kanak-kanak dan ahli keluarga yang traumatik.

    Remaja dan wanita yang mengandung luar nikah juga boleh mendapatkan khidmat nasihat dan kaunseling melalui Talian Kasih 15999 bagi mengelakkan mereka daripada terjebak dalam aktiviti pembuangan bayi. Talian ini beroperasi 24 jam sehari sepanjang tahun.

     

        3. Pemerkasaan Institusi Kekeluargaan

    Pemerkasaan institusi kekeluargaan perlu dilaksanakan antaranya melalui pemerkasaan modul kursus keibubapaan bagi memastikan tidak berlaku pengabaian terhadap anak-anak.

    Aktiviti anak-anak berkenaan dengan teknologi seperti telefon pintar dan internet perlu dipantau agar dapat menghindari mereka daripada terlibat dengan lambakan bahan pornografi dan budaya tidak baik di internet.

    Tanggungjawab bagi membendung masalah ini bukan hanya terletak di        bawah tanggungjawab JKM semata-mata.  Kerjasama daripada pelbagai         pihak seperti agensi Kerajaan, pemegang taruh, pertubuhan bukan    kerajaan(NGO) dan masyarakat turut diperlukan dalam membendung isu kehamilan luar nikah.

Lampiran

Tiada Lampiran.