Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

264) SEKOLAH AGAMA MENENGAH SUNGAI SELISEK

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah kapasiti optimum SAM Sungai Selisek di Hulu Bernam? Dan nyatakan jumlah murid sejak tahun 2020 - 2024.

    Mengikut unjuran Anggaran Belanja Mengurus (ABM) sebenar, SAM Sungai Selisek boleh memuatkan maksimum 300 pelajar setiap tahun. Jumlah Murid dari tahun 2020 hingga 2024 adalah seperti berikut :

     

    Tahun Bilangan
    2020 247 orang
    2021 250 orang
    2022 233 orang
    2023 214 orang
    2024 205 orang
  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi memenuhi keperluan padang sekolah bagi SAM Sungai Selisek ini?

    JAIS menyedari ketiadaan padang di sekolah SAM Sg. Selisik dan akan meneliti dengan lebih lanjut kerana kajian awal mendapati kos pengambilan tanah daripada kawasan sekitar dari sekolah tersebut agak tinggi dan kebarangkalian untuk sekolah berkenaan berpindah di tapak yang baru turut melibatkan kos yang agak besar.

Lampiran

Tiada Lampiran.