Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

262) PROGRAM UPLATS, LET’S HALAL USAHAWAN HIJRAH SELANGOR & PROGRAM LET’S HALAL

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pendaftaran IKS baharu bagi program UPLATS, Let's Halal Usahawan Hijrah Selangor & Program Let's Halal bagi tahun 2024 berbanding tahun 2023?

    Program U-PLATS Halal adalah program lanjutan daripada program U-PLATS Digital. Program ini ditawarkan kepada para usahawan PLATS yang telah menjalani program U-PLATS Digital.

    Program U-PLATS Halal hanya bemula pada tahun 2024. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Halal International Selangor (HIS), ialah syarikat milikan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) yang bertanggungjawab mempromosikan industri halal di Selangor.

    Seramai 10 orang usahawan PLATS yang telah berjaya ditawarkan untuk menjalani program ini setelah melalui proses saringan oleh pihak HIS. Mereka akan diberikan bimbingan dan bantuan sehingga persijilan halal berjaya dianugerahkan.

    U-PLATS Digital:

    Siri 1 : September 2023 – Mac 2024

    :362 peserta

     

    Siri 2: September 2024 – Mac 2025

    Sehingga kini: (sedang dilaksanakan)

    M1 : 148 peserta

    M2&M3 : 100 peserta

     

    U-PLATS Halal : (sedang dilaksanakan)

    Siri 1   : M4 (Ogos 2024) (100 peserta)

    : M5-M6 (November 2024 – Februari 2025) (10 peserta)

     

    PLATS Biaya :

    120 peniaga dari peserta U-PLATS terima manfaat pinjaman berjumlah RM3,000.00 dengan pembayaran semula juga RM3,000.000 dalam tempoh 12 bulan di mana kos lain di tanggung oleh pihak MBI.

     

    Maklumat Tambahan

     

    Seramai 5149 orang PMKS telah berdaftar di bawah PLATS mengikut kategori berikut :-

    Bil Kategori Jumlah Peniaga
    1 Pasar 3019
    2 Bazar 23
    3 Kedai 3206
    4 Penjaja 228
    5 Trak makanan 12
    6 Medan selera 193
    7 Home based 20
    8 Lain-lain 65

    Seorang peniaga boleh terlibat dalam beberapa kategori.

Lampiran

Tiada Lampiran.