Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

256) SKOP KERJA DALAM KONTRAK PEMBERSIHAN DI MPKJ

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah skop kerja dalam kontrak pembersihan di MPKj? Bagi kontrak pemotongan rumput di dalam taman perumahan pula senaraikan kekerapan kerja dan butir-butir bagi kerja berkenaan.

    Skop kerja pembersihan awam MPKJ merangkumi pemotongan rumput, sapuan, pembersihan longkang, kutipan sampah pukal, pembersihan perhentian bas (MPKJ), Pasar siang/ pasar malam

    – pemotongan rumput : komersial dan taman perumahan 2 kali dalam sebulan

    – pembersihan longkang : komersial dan industri 4 kali dalam sebulan / taman perumahan 2 kali dalam sebulan

    – sapuan : taman perumahan 2 kali dalam sebulan / jalan utama dan kawasan komersial serta industri setiap hari pagi dan petang

    – kutipan sampah pukal : 1 kali seminggu

    – Pasar siang / pasar malam : sapuan dan kutipan sampah hendaklan dibuat setelah tamat perniagaan

    – perhentian bas (MPKj) ; setiap hari

Lampiran

Tiada Lampiran.