Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
249) JUMLAH TABUNG AMANAH KUBUR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah Tabung Amanah Kubur yang dipegang oleh Pejabat Daerah Hulu Langat bagi tahun 2023 dan 2024, daripada manakah sumbernya, kemana dan berapakah yang sudah dibelanjakan serta berapakah bakinya kini?
Penubuhan Akaun Amanah Perkuburan telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 12/2001. Bertarikh 2 Mei 2021. Setakat Bulan
Oktober 2024 Baki Jumlah Tabung Amanah Pejabat Daerah Hulu Langat sebanyak RM6,210,107.59. Akaun ini ditubuhkan bagi membolehkan Kerajaan Negeri Selangor menguruskan caruman perkuburan yang dikutip daripada pemaju dan pemilik tanah yang membangunkan tanah kurang daripada 250 hektar (500 ekar) untuk perumahan/kediaman atau pembangunan bercampur setelah pemberimilikan tanah atau tukar syarat tanah diluluskan. Peruntukkan yang diterima akan dibelanjakan dengan menjalankan kerja-kerja pembaikan infrastruktur kubur, membina kawasan kubur baru, pembersihan kubur, kerja-kerja elektrikal dan menurap jalan.