Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
246) SEKOLAH RENDAH AGAMA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tindakan awal kerajaan negeri terhadap sekolah Agama Kafa Integrasi Nurul Hidayah Kampung Belia 2 yang terkesan dengan banjir baru-baru ini?
Sekolah KAFA Integrasi Nurul Hidayah Kampung Belia 2 adalah sekolah persendirian di bawah seliaan JAIS yang diurus oleh Jemaah Pengurusan Sekolah. Walau bagaimanapun, sekolah tersebut telah mendapat bantuan Skim Pinjaman Buku Teks dari JAIS dan Guru KAFA dari JAKIM seperti di sekolah-sekolah KAFAI yang lain di negeri Selangor. JAIS melalui Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI) telah menyalurkan sumbangan awal sebanyak RM2,000.00 kepada pihak sekolah tersebut yang terkesan dengan banjir.
-
Bagaimana Kerajaan Negeri mahu menyelesaikan sekolah-sekolah yang terlibat dengan bencana banjir kerana isu ini melibatkan nyawa guru-guru dan pelajar-pelajar dan apakah ada dana khas untuk SRA yang terkesan dengan bencana banjir ini?
JAIS telah mengambil beberapa langkah bagi mengatasi masalah banjir/banjir kilat di sekolah-sekolah bawah seliaan JAIS melalui arahan kepada semua sekolah-sekolah agar sentiasa melaksanakan gotong-royong membersihkan kawasan sekitar serta longkang-longkang agar saliran air akan dapat mengalir dengan baik dan akan mengurangkan risiko banjir. Pihak Pejabat Tanah dan Daerah juga sentiasa bersedia dengan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang akan diaktifkan sekiranya perlu. Kerajaan Negeri juga bersedia untuk memberikan sebarang jenis sumbangan atau bantuan kepada mana-mana sekolah agama JAIS yang terkesan dengan bencana banjir ini.
-
Berapakah jumlah SRA yang menghadapi masalah dan kerosakan di seluruh Negeri Selangor? Dan senaraikan sekolah-sekolah tersebut selepas kejadian banjir di beberapa kawasan seperti Sungai Buloh, Ijok, Sungai Panjang, Hulu Bernam dan kawasan-kawasan lain.
Berdasarkan data permohonan Selenggara dan Naik Taraf (Baik pulih kerosakan) sekolah-sekolah Negeri Selangor yang dihantar ke JAKIM pada bulan Julai 2024 sebanyak 293 permohonan baikpulih kerosakan.
Jumlah SRA yang terlibat banjir adalah :
Bil Sekolah Kos Kerosakan Kos Baikpulih 1 SRA Ijok (Kuala Selangor) RM500.00 RM500.00 2 SRA Taman Kem (Klang) Tiada Tiada 3 SRA Zahidiah (Gombak) Tiada Tiada 4 SRA Dusun Tua (Hulu Langat) Tiada Tiada 5 SRA Sg. Balak (Hulu Langat) RM12,000.00 RM20,000.00 Sekolah-sekolah yang terlibat tersebut tidak mengalami situasi yang serius dan melibatkan kerosakan pada aset sekolah seperti kerusi dan meja.