Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

241) NELAYAN

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Setakat Oktober 2024, berapakah jumlah terkini jeti-jeti nelayan yang tidak mempunyai permit di daerah Sabak Bernam dan bagaimanakah keadaan jeti-jeti tersebut?

    Merujuk kepada rekod Kajian Pengurusan Jeti untuk Negeri Selangor Darul Ehsan yang disediakan pada Oktober 2014, terdapat sebanyak 7 jeti LKIM di bawah PNK Sungai Besar direkodkan. Manakala rekod jeti persendirian pula adalah sebanyak 382. Hasil semakan sehingga 30 Oktober 2024, terdapat sebanyak 10 jeti LKIM di bawah PNK Sungai Besar dan sebanyak 219 jeti persendirian telah diluluskan secara dasar oleh Jawatankuasa Pengurusan Jeti Negeri Selangor dan mendapat Kebenaran Bertulis dari pihak LUAS. Terdapat sebanyak 163 jeti persendirian yang telah direkodkan masih belum mempunyai kelulusan dasar atau kebenaran bertulis dari pihak LUAS. Penyelenggaraan jeti persendirian tersebut adalah di bawah tanggungjawab pihak pengusaha/ pemilik sepenuhnya.

  2. Apakah usaha-usaha kerajaan dalam membantu jeti-jeti persendirian yang telah usang dan uzur?

    Kerajaan telah menyalurkan peruntukan dalam usaha untuk membantu jeti-jeti persendirian atau sara diri dan jeti komuniti yang ditadbir sepenuhnya oleh komuniti nelayan setempat melalui peruntukan Pembangunan oleh Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri.

     

    1. Peruntukan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui LKIM

     

    Bil. Nama Jeti/ Pengkalan Tahun DUN Parlimen Kawasan Bil. Ahli Pengkalan Komponen Baik Pulih Peruntukan (RM)
    1. Pengkalan Nelayan Kampung Perepat 2023 N43 – Sementa P109 – Kapar Rantau Panjang 30 Laluan pejalan kaki berkayu 20,000.00
    2. Pengkalan Nelayan Sungai Buloh 2023 N10 – Bukit Melawati P096 – Kuala Selangor Kuala Selangor 140 Baikpulih bumbung, mengecat 20,000.00
    3. Pengkalan Nelayan Sungai Mesok 2023 N53 – Morib P112 – Kuala Langat Kuala Langat 70 Laluan pejalan kaki berkayu 45,000.00
    4. Pengkalan Nelayan Sungai Judah 2023 N51 – Sijangkang P112 – Kuala Langat Kuala Langat 60 Laluan pejalan kaki berkayu 23,000.00
    5. Jeti Pendaratan Ikan Sepang Kecil 2024 N56 – Sungai Pelek P113 – Sepang Sepang Kecil 50 Baik pulih struktur jeti 200,000.00
    6. Pengkalan Nelayan  Sungai Sembilang 2024 N12- Jeram P096 – Kuala Selangor Kuala Selangor 140 Membekal dan memasang lampu solar, pendawaian elektrik 16,400.00
    JUMLAH PERUNTUKAN 324,400.00

     

    1. Peruntukan Kerajaan Negeri Selangor

     

    Kerajaan Negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor sebagai usaha membantu menaiktaraf pengkalan/ jeti nelayan yang telah uzur. Berikut adalah senarai pengkalan/ jeti yang telah diluluskan pada tahun 2023 dan 2024 :

     

    PENGKALAN/ JETI NELAYAN KOMUNITI /LKIM

    Bil. Nama Jeti/ Pengkalan Tahun DUN Parlimen Kawasan Bil. Ahli Pengkalan Status tanah Status Pemilikan Jeti Komponen Baik Pulih Peruntukan (RM)
    1. Pengkalan Nelayan Sepang Kecil 2023 N56 – Sungai Pelek P113 – Sepang Sepang Kecil 50 Jabatan Hutan LKIM membina jeti konkrit baharu dan pembaikan struktur rasuk lantai. 400,000.00
    2. Pengkalan nelayan Bumi Hijau 2024 N2 – Sabak P092 – Sabak Bernam Sabak Bernam 30 Jabatan Hutan Komuniti nelayan Laluan pejalan kaki berkayu 5,000.00
    3. Pengkalan Nelayan Kampung Baru Nelayan 2024 N3 – Sungai Panjang P093- Sungai Besar Sungai Besar 20 JPS Komuniti nelayan Laluan pejalan kaki berkayu 5,000.00
    4. Jeti nelayan Assam Jawa 2024 N10 – Bukit Melawati P096 – Kuala Selangor Kuala Selangor 32 JPS Komuniti nelayan Laluan pejalan kaki berkayu 20,000.00
    5. Jeti Nelayan Sungai Johol 2024 N08 – Sungai Burong P095 – Tanjong Karang Tanjong Karang 30 JPS Komuniti nelayan Laluan pejalan kaki berkayu 40,000.00
    5. Pengkalan Nelayan Orang Asli Pulau Indah   N46 – Pelabuhan Klang P110 – Klang Pulau Indah 71 Central Spektrum Komuniti nelayan (JAKOA) Laluan pejalan kaki berkayu 30,000.00
    6. Pengkalan Nelayan Sungai Tengah   N43 – Sementa P109 – Kapar Rantau Panjang 43 JPS JPS Laluan pejalan kaki berkayu 30,000.00
    7. Jeti Nelayan Kg. Melayu   N51 – Sijangkang P112 – Kuala Langat Kuala Langat 30 JPS Komuniti nelayan Laluan pejalan kaki berkayu 30,000.00
    8. Jeti Nelayan Kanchong Laut   N53 – Morib P112 – Kuala Langat Kuala Langat 73 JPS Komuniti nelayan Laluan pejalan kaki berkayu 30,000.00
    9. Jeti Tambatan Sepang Besar   N56 – Sungai Pelek P113 – Sepang Sepang Besar 30 PTD Sepang Komuniti nelayan Tangga jeti dan tiang ikat sampan 10,000.00
    JUMLAH PERUNTUKAN 600,000.00
  3. Apa perancangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang kerajaan memandangkan tiada pengeluaran benih kerang di Sabak Bernam pada tahun 2023?

    Pelaksanaan strategi jangka pendek Jabatan Perikanan Malaysia untuk meningkatkan pengeluaran benih kerang adalah dengan melaksanakan Kajian Penyelidikan bersama SIRIM dan Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) untuk fokus berbeza iaitu:

     

    • SIRIM : Kajian Pengaruh Proses Hidrografi Pesisir Pantai kepada Kepadatan Populasi Kerang Darah (Tegillarca granosa) di Perairan Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam adalah untuk menentukan kesuburan tapak lot-lot ternakan kerang dari segi kehadiran plankton yang menjadi sumber makanan kerang, kualiti air untuk menentukan tahap ‘survival’ benih kerang dan corak arus dan ombak. Kesemua keputusan kajian oleh pihak SIRIM  ini membantu Jabatan Perikanan Negeri Selangor memahami lebih lanjut punca kejatuhan pengeluaran benih kerang di Selangor melalui penyelidikan teknikal di lapangan yang akan merumuskan cadangan penambahbaikan untuk pengurusan ternakan kerang di Selangor.

     

    • FRI : Pada 6 Ogos 2024, Kajian menabur induk kerang sebanyak 10 tan metrik telah dilaksanakan di perairan Sabak Bernam oleh Institut Penyelidikan Perikanan Batu Maung, Pulau Pinang bertujuan untuk penambahan dan pembiakan aruhan kerang.  Sehingga 10 Oktober 2024, Jabatan Perikanan Negeri Selangor telah mengeluarkan 23 Notis Pembukaan Kawasan Kutipan Benih Kerang Semulajadi dan sebanyak 226 metrik benih kerang berjaya didaratkan dapat direkodkan.  Ini membuktikan usaha kerajaan dalam menambah baik sumber semulajadi berhasil dan dapat memberi manfaat kepada 51 penternak kerang di Sabak Bernam.

     

    Perancangan Kajian Jangka Panjang telah menyarankan sejumlah peruntukan sebanyak RM 440,000 daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk melaksanakan kajian pemetaan semula kerang Fasa II di daerah Klang dan Kuala Selangor untuk membantu menyusun semula lot-lot ternakan yang didapati tidak lagi subur dan dialihkan kepada lot-lot yang berpotensi untuk ternakan kerang yang mapan.

Lampiran

Tiada Lampiran.