Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

239) KAMPUNG TRADISI DAN KAMPUNG BARU

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan kampung-kampung tradisi Melayu, kampung baru Cina dan India yang terdapat kekeliruan status hak milik tanah yang melibatkan isu tanah rizab, pengukuran, pertindihan lot atau pengambilan tanah oleh kerajaan atau agensi kerajaan, dari tempoh 10 tahun lepas?

    Berikut merupakan data kampung tradisi mengikut daerah sehingga November 2024 yang telah dikenalpasti bagi maksud Program Pemutihan Tanah Kampung Tradisi di Negeri Selangor (PPTKTNS) dan jumlah Kg. Bagan/ Kg. Baru dan Kg. Tersusun seperti di Jadual 1 berikut:

     

    BIL DAERAH JUMLAH KAMPUNG TRADISI JUMLAH KAMPUNG BARU / BAGAN/ TERSUSUN
    1. Petaling 19 7
    2. Klang 34 4
    3. Kuala Selangor 57 10
    4. Sabak Bernam 78 12
    5. Hulu Selangor 34 13
    6. Gombak 37 13
    7. Hulu Langat 62 12
    8. Kuala Langat 34 2
    9. Sepang 19 4
    JUMLAH KESELURUHAN 374 77
  2. Apakah ciri-ciri utama yang membezakan antara kampung tradisi di Selangor dengan kampung-kampung lain?

    Kampung tradisi di Selangor menggabungkan warisan budaya dengan elemen pembangunan moden, mencipta satu identiti yang unik di mana seni bina tradisional masih menjadi ciri-ciri sesebuah kampung tradisi. Masyarakat kampung tradisi di negeri Selangor kebanyakannya masih mempraktikkan adat-adat seperti gotong-royong untuk memperkukuh hubungan komuniti, menjadikannya sebagai elemen penting dalam struktur sosial kampung. Pembangunan yang dilaksanakan juga dirancang dengan sensitiviti terhadap persekitaran, memastikan kawasan hijau dan keindahan semula jadi tetap terpelihara di tengah peralihan ke arah kemudahan moden.

  3. Apakah pengisian yang terkandung di dalam inisiatif program pemutihan kampung tradisi Melayu yang dilaksanakan oleh PBN?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna sedang merencanakan insentif yang menarik di dalam Program Pemutihan Tanah Kampung Tradisi di Negeri Selangor (PPTKTNS). Program Pemutihan Kampung Tradisi yang dijangka dilancarkan seawal tahun 2026 merangka ganjaran insentif khusus bagi menggalakkan usaha di dalam memulihkan lot/ hakmilik pemilik-pemilik tanah yang terlibat di dalam pelanggaran syarat tanah pertanian. Bagi memastikan keberkesanan program ini, tindakan penguatkuasaan kepada tuan tanah yang masih tidak peduli dan tidak patuh terhadap undang-undang yang termaktub di dalam Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 828) akan turut akan dijalankan. Namun. butiran pengisian program yang ditawarkan masih diperingkat pemurnian yang akan dibuat melalui bengkel dan sesi libat urus melibatkan agensi-agensi berkaitan agar satu daya usaha dan hasil yang positif serta memberi situasi menang-menang kepada pihak Kerajaan dan pemilik tanah dapat dicapai.

Lampiran

Tiada Lampiran.