Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

234) SELANGOR BUSINESS SCHOOL

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan kos penubuhan dan operasi Selangor Business School di bawah Universiti Selangor (UNISEL) di kampus Petaling Jaya sejak tahun 2017.

    Pada tahun 2018, Selangor Business School (SBS) telah menerima geran kerajaan negeri sebanyak RM10 juta untuk membiayai kos operasi, emolumen dan renovasi bangunan. Geran ini telah direkodkan sebagai hasil pendapatan dalam akaun pengurusan UNISEL, manakala perbelanjaan ini diuruskan oleh SBS melalui tolakan geran dalam rekod Balance Sheet. Berikut adalah jumlah kos operasi dari tahun 2018-2023.

     

      2018 2019 2020 2021 2022 2023
    Jumlah Kos Operasi 2,023,731 2,422,776 1,934,518 1,999,335 1,763,450 1,631,730
  2. Nyatakan bilangan pelajar di kampus ini secara terperinci dari tahun 2017 dan apakah status operasi Selangor Business School ketika ini?

    Bilangan pelajar Selangor Business School (SBS) dari tahun 2019 sehingga 2024.

    TAHUN

    BILANGAN PELAJAR SEDIA ADA

    2019

    24

    2020

    27

    2021

    22

    2022

    21

    2023

    23

    2024*

    19

    *setakat bulan Ogos 2024

    Berkaitan dengan status terkini, Selangor Business School (SBS) telah dipindahkan serta diselaraskan dengan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan di Kampus Unisel Shah Alam.  Ini adalah salah satu inisiatif program rasionalasasi yang berterusan dengan matlamat untuk memperkukuhkan lagi kedudukan universiti dalam pasaran yang berdaya saing.

Lampiran

Tiada Lampiran.