Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
231) NAIK TARAF SEKOLAH DAN PRASEKOLAH DI IJOK
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah sekolah yang telah dinaik taraf di kawasan Ijok untuk tempoh 3 tahun kebelakangan ini? Nyatakan naik taraf yang telah dibuat.
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor mengambil maklum akan keprihatinan Yang Berhormat berkaitan tindakan dan usaha yang dilaksanakan untuk menaik taraf sekolah-sekolah di kawasan Ijok.
JPN Selangor sentiasa komited dalam memastikan semua aset dan infrastruktur di institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Selangor sentiasa berada di dalam keadaan yang baik untuk keselesaan warganya. Untuk makluman, Bahagian Pengurusan Aset (BPA), KPM bertanggungjawab dalam menguruskan permohonan peruntukan Projek Operasi, Senggara, Pemulihan, Pemuliharaan, Ubah Suai dan Naik Taraf (OSPPUN) institusi pendidikan di bawah KPM agar keadaan infrastruktur dan prasarana sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kondusif untuk diduduki.
Berdasarkan peruntukan yang tersedia di peringkat KPM tersebut, sebarang permohonan ke atas keperluan penyelenggaraan boleh dikemukakan oleh pihak sekolah kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing bagi tujuan penyediaan laporan pemeriksaan, seterusnya untuk diangkat kepada BPA, KPM. Berdasarkan skop Projek OSPPUN, peruntukan yang disediakan bagi tujuan program penyelenggaraan di sekolah-sekolah di Negeri Selangor adalah berdasarkan kategori seperti berikut:
- Program penyelenggaraan institusi pendidikan (PIP)/ Projek Khas Fasiliti Tandas Sekolah Kerajaan;
- Program baik pulih kerosakan akibat bencana (Bencana);
- Program penyelenggaraan akibat kecemasan (Kecemasan);
- Program Lawatan Turun Padang (LTP); dan
- Program bantuan sumbangan kepada Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) dan Projek Khas Fasiliti Tandas SBK.
Bagi tahun 2023, kesemua institusi pendidikan KPM berstatus Sekolah Kerajaan telah menerima kemudahan di bawah Program Peruntukan Khas Bagi Kerja Naik Taraf dan Penyelenggaraan Kecil Tandas (Projek Khas Fasiliti Tandas), manakala pada tahun 2024 pula program berkenaan turut diperluaskan kepada semua institusi pendidikan KPM berstatus SBK.
Berdasarkan semakan dan penelitian oleh JPN Selangor ke atas Projek OSPPUN yang dilaksanakan di kawasan Ijok bagi tempoh tiga (3) tahun terkini (2022 hingga 2024) adalah seperti butiran berikut:
Rujukan:
Bilangan Projek OSPPUN*
PIP – Program penyelenggaraan institusi pendidikan dan projek khas fasiliti tandas;
BCN – Program baik pulih kerosakan akibat bencana;
KCM – Program penyelenggaraan akibat kecemasan;
LTP – Program lawatan turun padang.
Seterusnya, penyaluran sumbangan bantuan kepada SBK bagi tujuan penyelenggaraan yang dilaksanakan di kawasan Ijok bagi tempoh tiga (3) tahun terkini (2022 hingga 2024) adalah seperti butiran berikut:
Bil. Nama Institusi Kod Sekolah Bilangan Projek OSPPUN* Tahun 2022 Tahun 2023 Tahun 2024 1. SJKC Yuk Chih BBC3047 – 1 2 Secara keseluruhannya, berdasarkan penjelasan yang dinyatakan di atas kesemua sekolah di kawasan Ijok telah pun menerima kemudahan di bawah Projek OSPPUN bagi tempoh tiga (3) tahun terkini.
-
Apakah terdapat rancangan Kerajaan Negeri untuk memperluas program Prasekolah di kawasan Ijok?
Kawasan Ijok mempunyai empat (4) buah sekolah yang mempunyai kelas prasekolah berjumlah sembilan (9) kelas. Kapasiti bagi kelas prasekolah adalah dua puluh lima (25) orang murid sekelas. Walaupun terdapat permintaan yang tinggi dalam permohonan kemasukan ke prasekolah, namun peluasan tidak dapat dilaksanakan kerana kesemua sekolah tersebut beroperasi secara satu sesi. Tambahan pula sekolah tidak mempunyai kelas kosong atau ruang untuk membolehkan peluasan dilaksanakan.
BIL. KOD SEKOLAH NAMA SEKOLAH KELAS PRASEKOLAH PERMOHONAN 2025 BERJAYA TIDAK BERJAYA 1 BBA3002 SK BKT BADONG 3 KELAS 115 75 40 2 BBA3011 SK IJOK 2 KELAS 74 50 24 3 BBA3008 SK JAYA SETIA 2 KELAS 30 30 0 4 BBC3037 SJK (CINA) IJOK 2 KELAS 69 50 19