Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

229) UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL)

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pengambilan pelajar baharu di setiap peringkat pengajian bagi tahun 2024?

    Berikut adalah jumlah pengambilan pelajar baharu tahun 2024 mengikut peringkat pengajian:

    PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU TAHUN 2024
    PERINGKAT PENGAJIAN PELAJAR
    POSTGRADUATES 81
    UNDERGRADUATES 1,236
    FOUNDATION 231
    JUMLAH 1,548

    *Data sehingga Oktober  2024

     

    Jumlah keseluruhan pengambilan pelajar baharu tahun 2024 adalah seramai 1548 orang.

  2. Apakah langkah yang telah diambil oleh UNISEL untuk meningkatkan jumlah pelajar bagi tahun 2024?

    UNISEL telah mengambil langkah-langkah yang pro-aktif dalam meningkatkan jumlah pelajar bagi tahun 2024 iaitu:-

    • Terdapat tiga (3) saluran utama kemasukan pelajar ke UNISEL yang menjadi fokus pihak pemasaran.
    1. Pelajar memohon terus ke UNISEL – Mereka ini datang daripada pelbagai kaedah. Secara umumnya, pelajar ini mengenali UNISEL daripada program pemasaran yang dijalankan.
    2. Ejen  – Ejen ini termasuk ejen luar dan ejen dari kalangan staf dan pelajar (SGS).
    • Program Feeder – Pelajar dari program Asas dan program Diploma yang menyambung pengajian ke peringkat Sarjana Muda.

     

    • PENGAMBILAN PELAJAR TEMPATAN

    Untuk meningkatkan bilangan kemasukan pelajar, kaedah pemasaran utama yang digunakan untuk menyalurkan maklumat mengenai promosi dan pengambilan pelajar ialah:

     

    1. Penggunaan penuh media sosial (TikTok, Facebook, Twitter, Instagram) –Boosting
    2. Laman web UNISEL dan yang laman web fakulti berkaitan
    3. Whatsapp blasting terus kepada prospek
    4. Tele-pemasaran (menghubungi pelajar/prospek secara panggilan telefon dan whatsapp secara individu.
    5. Pameran Pendidikan/Kerjaya di UNISEL/Sekolah/ Agensi Kerajaan dan Swasta dan lain-lain
    6. Program hari terbuka (secara maya dan Fizikal)
    7. Kunjungan ke Sekolah/PPD/Pusat pendidikan
    8. Aktiviti ceramah dan program luar bersama pelajar
    9. Program sosial/akademik kolaborasi dengan pihak luar
    10. Melalui program jelajah hari terbuka “Malaysia Madani, UNISEL Depani”
    11. Pemakluman promosi kemasukan melalui e-mel ke ADUN-ADUN di Negeri Selangor dan pihak yang berkaitan
    12. Iklan Surat Khabar dan Iklan di saluran radio Suria dan Ragaa FM
    • LAPORAN AKTIVITI UNIT PEMASARAN TEMPATAN TAHUN 2024
    BIL PERKARA JUMLAH PERANCANGAN/SASARAN JUMLAH PELAKSANAAN CATATAN
    1

     

    Iklan Media Sosial
    (FB, IG, Tiktok, X)
    8 kali sebulan x 12 bulan = 96 Lebih 96 kali 96 post  ini hanya iklan rasmi yang keluarkan oleh PPK. Terdapat banyak lagi posting dari Fakulti dan Jabatan mempromosikan pengambilan pelajar

     

    Promosi Digital -Boosting 38 kali 38 kali Boost Posting Promosi dan Insentif
    2 Iklan Surat Khabar 5 5 Iklan mengikut pengambilan
    3 Iklan Radio Setiap intake satu kali 3 Radio ( Suria FM & THR Raaga)

     

    4 Tele Pemasaran 25,000 26,696 prospek Data dari sistem permohonan dan data dari program

     

    5 Bulk Blasting 350,000 393,259 Lepasan SPM dan STPM dan prospek dari program

     

    6 Program Karnival dan pameran pendidikan tinggi 18 12 7 program MyUni yang UNISEL tempah tetapi semua program MyUni dibatalkan pada saat akhir oleh penganjur
    7 Lawatan pelajar dan guru ke UNISEL 12 20 Terdapat juga program lain yang dijalankan terus oleh pensyarah/fakulti
    8 Program UNISEL di Sekolah 30 35 Terdapat juga program lain yang dijalankan terus oleh pensyarah/fakulti
    9 Program E- Tuisyen Online Matematik dan Sains (E-TOME) Sasaran: Pelajar lemah untuk dibantu

    25 sekolah

    Jumlah sekolah terlibat

    Jun: 29

    Julai:11

    Ogos; 5

    Nov: 1

     
    10 Hari Terbuka 2 2 Hari Terbuka Kampus  Setiap Hari dijalankan untuk melihat dan berjumpa terus dengan kaunselor di  kampus
    11 Agent (Staff/Student get student) 500 surat  tawaran (POL) 408 POL

    (Tidak termasuk Sem Nov)

     
    12 Pemakluman Promosi ke ADUN Selangor Semua DUN Emel ke semua pejabat ADUN Permohonan untuk pihak ADUN menyebarkan maklumat promosi kemasukan

     

     

     

     

     

     

     

    • PEMASARAN PELAJAR ANTARABANGSA

    Kaedah pemasaran bagi pengambilan pelajar antarabangsa adalah berbeza dengan pemasaran tempatan. Pemasaran antarabangsa lebih fokus kepada membawa imej dan jenama dalam bidang pendidikan tinggi. Imej UNISEL sebagai sebuah universiti kerajaan Negeri Selangor telah mendapat perhatian dan kepercayaan pelajar dari luar negara. Kebanyakan pelajar antarabangsa datang ke UNISEL melalui ejen yang dilantik secara sah oleh pihak UNISEL. Terdapat 29 buah ejen yang berdaftar dengan UNISEL pada tahun 2024.

    Langkah yang diambil bagi meningkat kemasukan pelajar antarabangsa adalah seperti berikut:

     

    1. Mengadakan aktiviti pemasaran dalam siri lawatan kerjasama akademik di luar negara.
    2. Menyertai karnival pendidikan di luar negara bersama pihak EMGS dan Ejen yang dilantik
    3. Menambah bilangan ejen kemasukan pelajar yang aktif
    4. Membina reputasi dengan mengadakan kerjasama dengan universiti di luar negara
    5. Menyertai QS World Ranking. UNISEL telah layak untuk menyertai QS Ranking dan akan menghantar maklumat untuk penilaian pihak QS.
    • LAPORAN AKTIVITI PEMASARAN PELAJAR ANTARABANGSA 2024
    Bil Aktiviti Tarikh Sasaran Pencapaian
    1 EMGS At Your Service – Townhall with Malaysian Higher Education Institutions 2024 10 Jan 2024 Institusi Pendidikan Tinggi seluruh Malaysia Dapat membina hubungan baik dengan IPTA/IPTS seluruh Malaysia
    2 Courtesy Visit from University of Nairobi, Kenya Vice Chancellor 2 Februari 2024 Delegasi daripada University of Nairobi Dapat memasarkan program UNISEL kepada delegasi University of Nairobi
    3 UNISEL SBS Business Collaborative Luncheon 27 Februari 2024 Ejen yang berdaftar dengan UNISEL Berbincang dengan ejen UNISEL mengenai isu berkaitan kemasukan pelajar
    4 19th Malaysian Top-Ranking University Education Expo 19-26 April 2024 Para pelajar di Bangladesh Dapat memasarkan program-program UNISEL di Bangladesh kepada pelajar sekolah tinggi & ibu bapa
    5 Perjumpaan dengan Ejen Setiap minggu Ejen daripada pelbagai negara Dapat memberikan pendedahan kepada ejen berkaitan maklumat kemasukan terkini dari masa ke masa
    6 ‘Follow up’ dengan pelajar selepas surat tawaran dikeluarkan Selepas surat tawaran keluar Pelajar yang telah membuat permohonan online Dapat memastikan pelajar membayar ‘acceptance fee’ selepas mendapat surat tawaran
    7 Posting di akaun media social LinkedIn & Instagram bagi pengambilan pelajar Berkala Orang awam dan pelajar Maklumat kemasukan pelajar
    8 Proposal Request for Professional Diploma in Mechanical Engineering (from Libyan National Oil Company) Pengambilan bagi Nov 24 atau April 25 Pelajar dari Libya Dapat meneroka pasaran Libya dan menambah pelajar bagi program kejuruteraan
    9 Rekrut 30 pelajar daripada ejen Zhong Ma Recruitment bagi program Master of Information Technology Pengambilan bagi Nov 24 atau April 25 Pelajar dari China Dapat menambahkan pelajar dari China dan menambah jumlah pelajar bagi program IT
    10 Lawatan Rasmi Pemasaran dan Akademik ke China Mac 2024 Chengdu, Chongqing dan Guangzhou Pemasaran bagi pelajar Pasca-siswazah dan Mobiliti
    11 Lawatan Rasmi Pemasaran dan Akademik ke China Mei 2024 Xian Pemasaran dan Mobiliti
    12 Lawatan Rasmi Pemasaran dan Akademik ke Indonesia September 2024 Samarinda Pemasaran bagi pelajar Pasca-siswazah, Pra-siswazah dan mobiliti
    13 Lawatan Rasmi Pemasaran dan Akademik ke Indonesia Ogos 2024 Riau Pemasaran dan mobiliti
    14 Lawatan Rasmi Pemasaran dan Akademik ke China Oktober 2024 Beijing, Shandong Pemasaran dan Mobiliti

     

  3. Berapakah kos pemasaran yang telah digunakan bagi tahun 2024?

Lampiran

Tiada Lampiran.