Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

226) PERMOHONAN UNTUK MENUKAR TAJUK SEBAHAGIAN PERUNTUKAN PROJEK KECIL KEPADA PERUNTUKAN PROGRAM MESRA RAKYAT OLEH ADN PEMBANGKANG TELAH DITOLAK SEDANGKAN PERMOHONAN YANG SAMA OLEH PENYELARAS DUN DILULUSKAN

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah justifikasi keputusan tersebut?

    Kebenaran untuk menukar tajuk peruntukan projek kecil kepada projek mesra rakyat untuk Penyelaras DUN adalah kerana skop capaian program Penyelaras DUN adalah lebih besar. Ini juga disebabkan oleh kerana peruntukan telah dikecilkan berikutan kesediaan Kerajaan Negeri memberi peruntukan kepada ADUN pembangkang.

  2. Adakah tiada langsung sebarang rundingan atau kompromi boleh dibenarkan memandangkan yang memohon adalah rakyat dan penduduk Selangor juga?

    Sebarang permohonan program mesra rakyat boleh dikemukakan kepada Penyelaras DUN, Penghulu, Ahli Majlis dan Pengerusi JPKK yang telah dilantik secara rasmi oleh kerajaan bagi memastikan sebarang program tersebut mematuhi polisi dan dasar Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri tidak menghalang sebarang rundingan atau kerjasama dengan ADUN Pembangkang dalam mempastikan kebajikan rakyat Selangor terus diberi perhatian.

Lampiran

Tiada Lampiran.