Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

213) ANJING LIAR DI KAWASAN PAYA JARAS

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri telah menyediakan prosedur baharu bagi mengawal anjing-anjing liar?

    MBSA melaksanakan kerja-kerja kawalan anjing liar dengan menggunapakai Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bilangan 5 Tahun 2014: Tatacara Operasi Piawai (SOP) Penangkapan dan Pelupusan Anjing Terbiar di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. SOP ini meliputi tindakan dalam kerja-kerja kawalan anjing terbiar, tindakan terhadap aduan kacau ganggu anjing liar yang diterima dan pengurusan anjing liar yang ditangkap.

  2. Bilakah prosedur ini boleh dilaksanakan?

    Prosedur ini telah dilaksanakan oleh pihak Majlis bermula pada tahun 2014.

  3. Adakah NGO-NGO dilibatkan dalam mengawal anjing-anjing liar yang ditangkap?

    MBSA melaksanakan kerja-kerja kawalan anjing liar melalui pasukan in-house MBSA dan syarikat kontraktor yang dilantik. MBSA mempunyai 2 pasukan in-house dan satu syarikat kontraktor yang melaksanakan kerja-kerja kawalan anjing liar ini. Selain itu, Majlis turut bekerjasama dengan pihak NGO bagi pengurusan anjing liar yang telah ditangkap.

Lampiran

Tiada Lampiran.