Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
212) BANJIR KILAT DI FASA 1, BANDAR BARU SUNGAI BULOH. (KOORDINAT 3.221775, 101.563373)
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apa perancangan bagi mengatasi masalah banjr kilat yang kerap berlaku di kawasan ini?
Pihak Majlis telah mengenalpasti punca berlaku banjir di sekitar kawasan Fasa 1, Bandar Baru Sungai Buloh. Perincian data adalah seperti berikut;-
- Punca banjir di kawasan tersebut :
‘’Monsun drain” Sungai Nada menerima air daripada tiga (3) cabang aliran air iaitu :
- Kolam Takungan di Jalan 2/2 ;
- Longkang dari kawasan perumahan Jalan 2/2 dan sekitar ;
iii. “Discaj” air daripada Majlis Perbandaran Selayang
Apabila berlaku hujan yang lebat , ‘’Monsun drain” Sungai Nada tidak dapat menampung jumlah kapasiti air yang tinggi hingga menyebabkan air melimpah ke kawasan perumahan di Jalan 2/2.
- Tindakan Jabatan Kejuruteraan, MBSA bagi mengatasi isu banjir kilat di kawasan ini adalah seperti berikut:
– Pihak Jabatan telah menjalankan Kerja-Kerja Mengorek Kelodak (Desilting) Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Kolam Takungan Jalan 2/2, Jalan 2/1 Dan Jalan 1D/5, (fasa 1) Bandar Baru Sungai Buloh, Seksyen U20 Untuk Majlis Bandaraya Shah Alam.
– Kerja –kerja ini telah siap sepenuhnya dan mendapat sijil perakuan siap kerja pada 20/12/2023.
– Skop Kerja yang dijalankan merangkumi Kerja-kerja mengorek kelodak kolam, kerja – kerja menaiktaraf ‘inlet’ dan ‘outlet’ kolam dan kerja-kerja berkaitan.
– Hasil daripada projek menaiktaraf, kolam ini dapat menampung jumlah air yang lebih banyak sebelum memasuki ‘monsun drain’ Sungai Nada.
- Pihak Majlis akan sentiasa memantau serta menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan secara berkala bagi kerja-kerja mengorek kelodak kolam dan kerja-kerja menyelenggara longkang milik Majlis di kawasan sekitar. Pihak KDEB juga bersedia dari masa ke semasa untuk menangani masalah longkang tersumbat yg berada di kawasan ini.
-
Nyatakan tempoh bilangan penyelenggaraaan sungai dan monsun drain di sekitar kawasan tersebut pada tahun 2023 dan 2024.
Untuk makluman Yang Berhormat, jajaran sungai yang paling hampir dengan kawasan Fasa 1, Bandar Baru Sungai Buloh adalah Sungai Nada. Untuk makluman, kerja-kerja yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor melalui JPS Daerah Petaling untuk jajaran Sungai Nada adalah melalui pelaksanaan Kerja-Kerja Pengukuhan Tebing Sungai Nada dan Lain-lain Kerja Berkaitan Berhampiran Bandar Baru Sungai Buloh, Daerah Petaling pada tahun 2023.
Selain daripada itu, terdapat kerja-kerja lain yang dilaksanakan bagi lembangan Sungai Buloh iaitu melibatkan tujuh (7) kerja dilaksanakan pada tahun 2023 dan satu (1) kerja penyelenggaraan secara berkala dilaksanakan pada tahun 2024.