Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

210) JALAN PINTASAN TAMAN MATANG JAYA, SUNGAI BULOH KE JALAN BRP 10

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bilakah jalan pintasan ini akan dibina?

    Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Paya Jaras, Majlis Perbandaran Selayang telah membuat semakan dan mendapati cadangan jalan pintasan Taman Matang Jaya ke Jalan BRP 10/2 adalah di dalam pemajuan syarikat pemaju Pena Development Sdn. Bhd. yang telah terbengkalai dan telah memperolehi kelulusan Pelan Kebenaran Merancang (KM). Walaubagaimanapun, sekiranya pemaju mengemukakan Pelan Kebenaran Merancang (KM) untuk pindaan, pihak Majlis Perbandaran Selayang akan mensyaratkan untuk menyambungkan jalan pintasan Taman Matang Jaya ke Jalan BRP 10/2 bagi kegunaan penduduk sekitar.

  2. Berapakah anggaran kos pembinaan jalan tersebut?

    Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Paya Jaras, Anggaran kos pembinaan jalan pintasan tersebut tidak dapat dipastikan sehingga pemaju mengemukakan Pelan Kebenaran Merancang (KM) untuk pindaan dan pihak Majlis Perbandaran Selayang akan mensyaratkan untuk menyambungkan jalan pintasan Taman Matang Jaya ke Jalan BRP 10/2 bagi kegunaan penduduk sekitar.

  3. Bilakah jalan pintasan ini akan mula dibina?

    Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Paya Jaras, Pembinaan jalan pintasan ini  tidak dapat dipastikan bila tarikh akan dibina sehingga pemaju mengemukakan Pelan Kebenaran Merancang (KM) untuk pindaan dan pihak Majlis Perbandaran Selayang akan mensyaratkan untuk menyambungkan jalan pintasan Taman Matang Jaya ke Jalan BRP 10/2 bagi kegunaan penduduk sekitar.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.