Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
208) KILANG TANPA KEBENARAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status dan jumlah kilang tanpa kebenaran yang masih beroperasi di Negeri Selangor?
MMKN telah menimbang dan meluluskan cadangan perlanjutan tempoh Program Pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran (KTK) Negeri Selangor mulai 01 September 2024 sehingga 31 Disember 2027. Sekiranya tiada usaha atau tindakan positif oleh pemilik struktur untuk memulihkan tanah sehingga 31 Disember 2025, maka tindakan penguatkuasaan hendakah dilaksanakan mulai 01 Januari 2026. Tindakan penguatkuasaan lebih tegas perlu dilaksanakan segera ke atas struktur kilang di atas tanah rizab kerajaan, dan
Hasil daripada pemurnian data kilang tanpa kebenaran (KTK) yang diperolehi daripada dua belas (12) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sehingga Oktober 2024, jumlah KTK yang masih beroperasi adalah sebanyak 6,690 buah kilang yang melibatkan 5,352 lot/hakmilik. Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) bagaimanapun sentiasa berusaha memastikan data-data yang diperolehi dikemaskini melalui sesi libat urus dan perbincangan berkala bersama pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Tanah Daerah (PDT).
-
Berapakah jumlah yang masih beroperasi di Daerah Kuala Langat?
Merujuk kepada inventori KTK MDKL, jumlah KTK yang masih beroperasi di Daerah Kuala Langat sebanyak 297 kilang melibatkan 290 lot tanah hakmilik.