Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
205) PEMBANGUNAN SERANTAU BERSEPADU SELATAN SELANGOR (IDRISS)
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status 13 projek yang telah mendapat kelulusan Kerajaan Negeri di bawah pembangunan IDRISS?
Status kemajuan perlaksanaan projek – projek dalam pembangunan IDRISS seperti jadual berikut;-
Status Pelaksanaan Projek Bil. Projek (%) Belum Mula (Peringkat Perbincangan)
1 7.7% Pra-Pelaksanaan (Kertas Kerja / Kelulusan)
6 46.2% Dalam Pelaksanaan 2 15.4% Selesai – – Gugur dll 4 30.8% KESELURUHAN 13 100% Daripada 13 projek yang disenaraikan, sebanyak 1 projek (7.7%) berstatus Belum Mula. Manakala sebanyak 6 projek (46.2%) berstatus Pra-Perlaksanaan dan 2 projek (15.4%) dalam perlaksanaan.
Sebanyak 4 (30.8%) cadangan projek pembangunan digugurkan sementara waktu atas permintaan pihak pemaju kerana projek yang dicadangkan untuk dibangunkan tidak berdaya maju (viable) untuk dilaksanakan dalam tempoh terdekat. Namun begitu, pihak pemaju akan mengemukakan permohonan semula kepada Kerajaan Negeri untuk disenaraikan semula dibawah pembangunan IDRISS sekiranya cadangan pemajuan tersebut akan dimulakan semula kelak.
Pada masa ini juga, pihak Kerajaan Negeri dalam proses mempertimbangkan permohonan pemajuan baru yang berkeluasan 2,238 ekar untuk disenaraikan dalam pembangunan IDRISS.