Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
202) PEMBANGUNAN PESISIR SUNGAI KLANG
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status pembangunan pesisir Sungai Klang sepertimana yang telah dirancang?
Satu (1) plot di bawah pembangunan SMG iaitu pembangunan bercampur di Seksyen 24, Shah Alam telah mendapat kelulusan Kebenaran Merancang di peringkat Majlis Bandaraya Shah Alam pada 20hb Mei 2024 dan caj pembangunan sebanyak RM7.6 juta telah dibayar. Status terkini adalah menyelesaikan hal tanah iaitu proses serahbalik dan berimilik semula tanah (surrender and realiention).
Manakala tiga (3) plot yang lain iaitu SA06 (Kompleks Pejabat), KL05 (Pembangunan Perumahan) dan KL08 (Pembangunan Perumahan), kini di peringkat pra-rundingan bersama agensi teknikal bagi persediaan permohonan Kebenaran Merancang di Pihak Berkuasa Tempatan.
Penyelarasan zon guna tanah bagi 21 plot berkeluasan 393.581 ekar di bawah SMG mengikut pelaksanaan proses pengubahan Rancangan Tempatan di bawah PBT yang terlibat. Pengubahan zon guna tanah bagi lima (5) plot berkeluasan 267.949 ekar di bawah Majlis Bandaraya DiRaja Klang (MBDK) telah diwartakan pada 10 Oktober 2024 yang mana tiga (3) plot telah diluluskan sebagai zon perumahan dan 2 (dua) plot sebagai zon industri. Manakala 12 plot berkeluasan 111.034 ekar di bawah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan empat (4) plot berkeluasan 14.598 ekar di bawah Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dalam proses pengubahan di peringkat PBT masing-masing.
Melalui pembangunan pesisir Sungai Klang di bawah projek SMG, Kerajaan Negeri akan menjana hasil premium tanah sebanyak RM24.8 juta menjelang akhir tahun 2024, di mana RM10.9 juta bagi dua (2) plot tanah dengan jumlah keluasan 5.713 ekar di Kota Kemuning, Shah Alam telah dibayar. Manakala RM13.9 juta bagi tanah seluas 3.82 ekar di Kota Kemuning, Shah Alam akan dibayar dalam masa terdekat.