Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

192) STATUS PEMILIKAN BALAI RAYA, KOMPLEKS PENGHULU DI DUSUN TUA

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status pemilikan balai raya dan kompleks penghulu yang ada di Dusun Tua?

    Untuk makluman YB, Dun Dusun Dua melibatkan Mukim Hulu Langat dan sebahagian dari Mukim Cheras. Terdapat lima belas (15) buah balai raya dan dua (2) kompleks penghulu di dalam kawasan tersebut dengan pelbagai status tanah. Pada masa kini, semua balai raya tersebut diuruskan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) masing-masing manakala kompleks penghulu diuruskan oleh Penghulu Mukim.

  2. Terdapat balai raya yang mempunyai tunggakan bil utiliti memandangkan ianya dibawah seliaan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung, apakah usaha bagi penyelesaian isu ini?

    Pada masa ini semua JPKK diperuntukkan Elaun Bantuan Kewangan RM100 setiap bulan yang boleh digunakan untuk menjelaskan bil utiliti semasa. Walau bagaimanapun bagi balai raya yang mempunyai tunggakan bil utiliti yang mencecah ribuan ringgit, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat perlu memohon peruntukan khas dari UPEN. Selain itu bagi mengurangkan pergantungan kepada kewangan Kerajaan Negeri, JPKK digalakkan untuk memohon geran Sejati Madani yang bertujuan meningkatkan ekonomi dan seterusnya menjana pendapatan bagi kewangan yang lebih berdikar

Lampiran

Tiada Lampiran.