Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

187) PERUNTUKAN DUN

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bolehkah Kerajaan Negeri menjelaskan mekanisme pembahagian peruntukan DUN bagi memastikan pembangunan seimbang antara kawasan bandar dan luar bandar di Selangor?

    Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bilangan 1 Tahun 2019 berhubung Garis Panduan Penggunaan Peruntukan Ahli Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Negeri Selangor yang berkuatkuasa pada 27 Februari 2019 telah menggariskan penggunaan peruntukan tahunan bagi AMMKN, Speaker, ADN, Pegawai Penyelaras dan ADN Bukan Kerajaan adalah berdasarkan kepada bilangan pengundi berdaftar Negeri Selangor yang sah didaftarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) seperti yang ditunjukkan di dalam jadual berikut:-

     

    BIL KATEGORI ADN (DAFTAR PEMILIH) AGIHAN DEWAN NEGERI (RM) AGIHAN ADN BUKAN KERAJAAN (RM) AGIHAN PENYELARAS DEWAN NEGERI (RM)
    1. <40,000 750,000.00 120,000.00 630,000.00
    2. 40,001 – 55,000 800,000.00 120,000.00 680,000.00
    3. 55,001 – 70,000 850,000.00 120,000.00 730,000.00
    4. 70,001 – 90,000 900,000.00 120,000.00 780,000.00
    5. >90,000 950,000.00 120,000.00 830,000.00
  2. Apakah kerajaan bersedia menaikkan peruntukan DUN di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi melebihi 100,000?

    Buat masa ini, agihan peruntukan masih dikekalkan berdasarkan kepada Pekeliling Perbendaharaan serta prosedur kewangan dan lain – lain peraturan Kerajaan yang berkuatkuasa. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri bersedia untuk membuat semakan semula berdasarkan keperluan dari masa ke semasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.