Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
179) INTEGRITI PEGAWAI DI PBT DAN PEJABAT TANAH
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Abbas Salimmi Bin Che Adzmi @ Azmi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Penjawat awam ialah di PBT dan Pejabat Tanah adalah mereka yang akan menjalankan polisi kerajaan. Seharusnya mereka memahami hala tuju Kerajaan Negeri dan sentiasa mengamalkan tatakelola dan Good Governence. Mohon nyatakan statistik kakitangan di PBT dan Pejabat Tanah yang telah didakwa atau telah disabitkan bersalah dari tahun 2020 sehingga kini. Dan memohon apakah tindakan yang telah diambil kepada mereka yang terlibat?
Untuk makluman Yang Berhormat Seri Serdang, di Negeri Selangor terdapat sebanyak 44 Unit Integriti dipelbagai jabatan/agensi termasuk Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Jabatan – jabatan Kerajaan, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Pada setiap suku tahun, Unit Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor akan mengumpul dan menyelaras data bagi kes – kes tatatertib di setiap agensi.
Berikut adalah statistik yang direkod bagi kes – kes penjawat awam yang dikenakan hukuman tatatertib di Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Daerah dan Tanah dari tahun 2020 hingga September 2024:
TAHUN STATISTIK KAKITANGAN YANG TELAH DIDAKWA ATAU TELAH DISABITKAN BERSALAH OLEH PIHAK BERKUASA TATATERTIB PBT PDT 2020 19 2 2021 54 0 2022 28 2 2023 28 2 2024 28 1 JUMLAH 157 7 Berdasarkan Peraturan 38 di bawah Peraturan – peraturan Pegawai Awam Negeri Selangor (Kelakuan & Tatatertib) 1995, terdapat tujuh (7) hukuman yang boleh dikenakan kepada anggota perkhidmatan awam yang melakukan pelbagai kesalahan dan melanggar peraturan. Jenis hukuman tersebut adalah seperti berikut :
- Amaran;
- Denda;
- Lucut Hak Emolumen;
- Tangguh Pergerakan Gaji;
- Turun Gaji;
- Turun Pangkat; dan
- Buang Kerja.
Bagi setiap tuduhan salahlaku yang dikenakan kepada pegawai. Lembaga Tatatertib akan bersidang dan menentukan sama ada pegawai bersalah terhadap pertuduhan ataupun dibebaskan dari pertuduhan.
Bagi kes – kes penjawat awam daripada Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Daerah dan Tanah yang didakwa serta disabit bersalah di Mahkamah yang melibatkan bidang kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), statistik pegawai awam yang direkod adalah seperti jadual berikut:
PIHAK BERKUASA TEMPATAN TAHUN KES SPRM KES PDRM DAKWA DISABIT BERSALAH DAKWA DISABIT BERSALAH 2020 1 3 0 9 2021 1 7 0 2 2022 1 0 1 3 2023 0 6 0 5 2024 2 0 2 2 * Nota :
Keputusan disabit bersalah tidak semestinya merujuk kepada kes yang didakwa pada tahun semasa, sebaliknya boleh merujuk kepada kes-kes yang didakwa pada tahun-tahun sebelumnya
PEJABAT DAERAH DAN TANAH TAHUN KES SPRM KES PDRM DAKWA DISABIT BERSALAH DAKWA DISABIT BERSALAH 2020 0 0 1 0 2021 0 2 0 0 2022 0 1 0 0 2023 0 0 0 0 2024 1 0 2 0 * Nota :
Keputusan disabit bersalah tidak semestinya merujuk kepada kes yang didakwa pada tahun semasa, sebaliknya boleh merujuk kepada kes-kes yang didakwa pada tahun-tahun sebelumnya