Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
171) PENERIMA BANTUAN KHAS ANIS
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan statistik jumlah permohonan dan penerima bantuan khas ANIS 2024 mengikut kategori bantuan.
Berdasarkan statistik permohonan, jumlah permohonan dalam talian bagi tahun 2024 adalah sebanyak 2,655. Walau bagaimanapun, jumlah borang permohonan yang diterima beserta dokumen sokongan adalah sebanyak 1,548
Perincian daripada 1,548 permohonan lengkap yang diterima mengikut kategori adalah seperti berikut:
Bil. Kategori Jumlah Lulus 1 Pendidikan 991 pemohon 2 Pembelian / pembaikan peralatan / mesin 69 pemohon 3 Makanan / keperluan tambahan dan ubat-ubatan 20 pemohon 4 Dalam proses semakan 47 pemohon 5 Gagal (tidak menepati syarat / penerima berulang) 421 pemohon Berdasarkan jumlah tersebut, sebanyak 1,087 permohonan yang telah diluluskan. Untuk Bantuan Khas ANIS tahun 2024, jenis bantuan yang diberikan telah bahagikan kepada beberapa kategori iaitu:
Bil. Kategori Jumlah Lulus 1 Pendidikan 991 pemohon 2 Pembelian/ pembaikan peralatan/ mesin 53 pemohon 3 Makanan/ keperluan tambahan dan ubat-ubatan 43 pemohon -
Berapakah bilangan penerima bantuan khas ANIS tahun 2024 yang merupakan penerima bagi tahun sebelumnya?
Semua kelulusan Bantuan Khas ANIS bagi tahun 2024 telah diberikan kepada para pemohon kali pertama (tidak pernah menerima manfaat ANIS). Bagi permohonan kali ke-2 atau lebih, mereka telah dimasukkan dalam kategori senarai menunggu di mana kelulusan akan diberikan bergantung kepada baki peruntukan semasa.
-
Apakah sebab penolakan bagi peserta yang tidak mendapat bantuan khas?
Untuk tahun 2024, sebanyak 421 permohonan telah dimasukkan dalam kategori ditolak/ gagal. Antara faktor satu-satu permohonan itu ditolak/ gagal adalah seperti berikut:
- Dokumen / dokumen sokongan tidak lengkap;
- Bagi kategori pendidikan, Pusat Terapi tidak menepati syarat sebagai Pusat yang menjalankan program Early Intervention Program (EIP). Antara syarat tersebut adalah; mempunyai kakitangan atau kepakaran Terapi Cara Kerja, Terapi Pertuturan, Fisioterapi, Hidroterapi dan Terapi yang bertauliah daripada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk perkembangan anak-anak berkeperluan khas; atau
- Pemohon sendiri yang menolak untuk menerima bantuan selepas proses kelulusan kerana telah menerima bantuan daripada pihak lain.