Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

167) PEMOTONGAN POKOK DI MBDK

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pokok di kawasan MBDK?

    Jumlah pokok yang telah diselenggara di kawasan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) sehingga Oktober tahun 2024 adalah sebanyak 4860 nos pokok.

  2. Bagaimanakah MBDK melaksanakan sistem dan penjadualan pemotongan dan pangkasan pokok di kawasan MBDK?

    Pihak MBDK melaksanakan sistem dan penjadualan pemotongan dan pemangkasan pokok melalui dua (2) cara iaitu :

    1. Secara perolehan panel penyelenggaraan pokok;
    2. Secara pasukan pangkasan pokok dalaman jabatan
  3. Apakah ada sistem dan direktori menyimpan data pokok di Klang?

    Pihak jabatan menggunakan dua (2) sistem dan direktori penyimpanan data pokok di Klang iaitu :

    1. Menggunakan Green Earth Smart System (GES) untuk penyimpanan maklumat inventori pokok;
    2. Menggunakan google form untuk inventori pokok di tapak.

Lampiran

Tiada Lampiran.