Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

163) PERKHIDMATAN KESIHATAN

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan untuk memastikan peningkatan kualiti perkhidmatan kesihatan di hospital kerajaan, khususnya bagi mengurangkan masa menunggu?

    Antara usaha peningkatan kualiti perkhidmatan kesihatan di hospital kerajaan, khususnya bagi mengurangkan masa menunggu adalah seperti berikut:

     

    • Memperkasakan penggunaan staggered time appointment di semua Klinik Pakar Hospital. Ini bukan sahaja dapat mengurangkan masa menunggu malah mengurangkan kesesakan pesakit di Klinik Pakar Hospital.

     

    • Mengukuhkan pelaksanaan Lean Initiative di semua Hospital KKM di Negeri Selangor melalui Replikasi Projek Quality Lean Healthcare Yang Telah Dibentangkan Dalam Program Webinar “Overcoming Congestion Through Lean Healthcare Initiatives” Anjuran Bahagian Perubatan JKN Selangor dengan kerjasama Lean Flying Squad Negeri Selangor dengan Rujukan JKNS (P) 124/5 Jilid 6 (3) bertarikh 12 Ogos 2024.

     

    • Hospital Sultan Idris Shah,Serdang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang telah menubuhkan Multidisciplinary Unit (MDSU) di Jabatan Kecemasan semenjak tahun 2018 bagi membolehkan pesakit di Jabatan Kecemasan yang memerlukan kemasukkan wad bagi tempoh waktu yang singkat dari pelbagai disiplin. Kemasukkan pesakit ke MDSU telah mengurangkan waktu menunggu kemasukkan pesakit ke wad selain pesakit dapat menerima rawatan selanjutnya dengan lebih cepat.

     

    • Mengukuhkan Pengunaan Discharge Lounge di Hospital.  Surat daripada Bahagian Perubatan JKN Selangor berkenaan Arahan Pengunaan Discharge Lounge Di Hospital – Hospital KKM Di Negeri Selangor dengan rujukan JKNS(P)124/5 JLD.6 ( 6 ) bertarikh 23 Ogos 2024   bahawa setiap Hospital perlu memastikan semua pesakit yang di discaj dan memenuhi kriteria penerimaan pesakit Discharge Lounge masing- masing dihantar ke Discharge Lounge / Bay / Room. Buat masa ini, Hospital yang mempunyai Discharge Lounge adalah Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Hospital Selayang, Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Ampang, Sungai Buloh dan Hospital Shah Alam. Walau bagaimanapun, pengoperasian Discharge Lounge di setiap hospital yang disebutkan adalah berbeza mengikut keperluan dan ketersediaan sumber sedia ada.
  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan, terutama di kawasan yang kekurangan klinik dan hospital?

    Untuk makluman Tuan Yang di Pertua, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor menyediakan perkhidmatan kesihatan primer kepada rakyat Selangor melalui 217 buah fasiliti kesihatan primer yang terdiri daripada 86 buah Klinik Kesihatan, 3 buah Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, 104 buah Klinik Desa dan 23 buah Klinik Komuniti.

     

    Bagi meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan bagi penduduk yang  tinggal jauh dari klinik kesihatan induk, turut disediakan perkhidmatan melalui 12 pasukan Klinik Bergerak yang terdiri daripada Pegawai Perubatan, Pegawai Farmasi, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat, Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pemandu Kenderaan. Klinik Bergerak ini menyediakan perkhidmatan kesihatan yang turut meliputi 33 buah perkampungan Orang Asli di negeri Selangor.

     

    Disamping itu, sebanyak 28 Pasukan Perkhidmatan Perawatan Domisiliari (PPD), iaitu perawatan di rumah dijalankan oleh anggota kesihatan dimana perkhidmatan ini merangkumi skop perkhidmatan perawatan, rehabilitasi dan juga paliatif. Skop perkhidmatan ini merangkumi perawatan yang melibatkan latihan teknik mencegah kudis tekanan, pendidikan tentang penjagaan luka dan kebersihan, serta penjagaan tiub nasogastrik dan kateter urethral. Selain itu, terdapat pemeriksaan tekanan darah, perkhidmatan sokongan emosi dan aktiviti rehabilitasi bagi kes yang memerlukan latihan pergerakan aktif serta pasif termasuk aktiviti harian (ADL). Ia juga melibatkan perawatan paliatif yang mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

     

    Seterusnya, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor juga ada menyediakan Perkhidmatan Konsultasi Secara Maya (virtual clinic) di 46 buah Klinik Kesihatan di seluruh negeri Selangor. Konsultasi maya ini adalah satu kaedah penyampaian perkhidmatan kesihatan secara maya (virtual), secara langsung (live) dan interaktif yang merangkumi konsultasi klinikal serta pelan rawatan diantara anggota kesihatan dan pelanggan. Perkhidmatan kesihatan secara maya ini adalah sebagai pelengkap kepada perkhidmatan klinik sedia ada untuk memudahkan pelanggan menerima perkhidmatan kesihatan.

     

    Buat masa ini, Negeri Selangor mempunyai sebanyak 13 buah hospital awam yang berkapasiti sebanyak 6832 katil operasi yang terletak di dalam 9 buah daerah seperti di bawah:

     

    BIL. HOSPITAL STATUS KATIL OPERASI DAERAH
    1 Hospital Tengku Ampuan  Rahimah Klang Berpakar Major 1253 Klang
    2 Hospital Selayang Berpakar Major 966 Gombak
    3 Hospital Sungai Buloh Berpakar Major 995(+92 PKKN)
    4 Hospital Orang Asli Gombak Tanpa Pakar 61
    5 Hospital Serdang Berpakar Major 919 Sepang
    6 Hospital Cyberjaya Berpakar Major 288
    7 Hospital Ampang Berpakar Major 703 Hulu Langat
    8 Hospital Kajang Berpakar Major 510
    9 Hospital Shah Alam Berpakar Major 485 Petaling
    10 Hospital Banting Berpakar Minor 195 Kuala Langat
    11 Hospital Tanjong Karang Berpakar Minor 144 Kuala Selangor
    12 Hospital Kuala Khubu Bharu Tanpa Pakar 128 Hulu Selangor
    13 Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam Tanpa Pakar 93 Sabak Bernam
    TOTAL KATIL OPERASI 6832  

     

    Bagi hospital tanpa pakar, perkhidmatan kepakaran yang asas diberikan oleh pakar melawat (visiting specialist) daripada hospital berpakar. Pembinaan hospital baru di daerah Klang iaitu Hospital Kapar yang dijangka siap pada November tahun 2026 dapat meningkatkan lagi akses kepada perkhidmatan hospital awam di Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.