Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

146) PENGURUSAN BANJIR TAMAN SRI MUDA

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang diambil untuk memperbaiki sistem kolam takungan (SUMP) bagi mengelakkan aliran balik air ke rumah di Zon D?

    Soalan (a) , (b) dan (c) dijawab bersekali.

     

    Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor sedang dalam pelaksanaan Projek Tebatan Banjir Sungai Klang di Seksyen 25 Shah Alam, Daerah Klang, Selangor dengan kos RM140,722,000.00 bermula pada 15 Januari 2024 dan dijangka siap pada 31 Januari 2029 menggunakan Peruntukan Persekutuan.

     

    Projek ini dilaksanakan secara reka dan bina di mana pihak kontraktor adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam reka bentuk dan pembinaan komponen mitigasi banjir di kawasan ini. Dalam projek ini juga, pihak kontraktor perlu melihat secara menyeluruh sistem tebatan banjir sedia ada di kawasan Taman Sri Muda dan dipadankan dengan sistem mitigasi banjir yang akan dicadangkan selepas analisa hidrologi dan hidraulik selesai.

     

    Sehubungan dengan itu, keperluan menaiktaraf kolam takungan dan terusan di Jalan 25/7 dan Jalan 25/14 serta masalah aliran air dari kawasan perumahan lain ini akan diambilkira semasa proses analisa yang sedang dalam pelaksanaan oleh pihak kontraktor melalui pihak perunding yang dilantik.

  2. Apakah langkah segera yang diambil untuk mendalamkan dan melebarkan terusan di Jalan 25/7 dan Jalan 25/14?

    Soalan (a) , (b) dan (c) dijawab bersekali.

     

    Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor sedang dalam pelaksanaan Projek Tebatan Banjir Sungai Klang di Seksyen 25 Shah Alam, Daerah Klang, Selangor dengan kos RM140,722,000.00 bermula pada 15 Januari 2024 dan dijangka siap pada 31 Januari 2029 menggunakan Peruntukan Persekutuan.

     

    Projek ini dilaksanakan secara reka dan bina di mana pihak kontraktor adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam reka bentuk dan pembinaan komponen mitigasi banjir di kawasan ini. Dalam projek ini juga, pihak kontraktor perlu melihat secara menyeluruh sistem tebatan banjir sedia ada di kawasan Taman Sri Muda dan dipadankan dengan sistem mitigasi banjir yang akan dicadangkan selepas analisa hidrologi dan hidraulik selesai.

     

    Sehubungan dengan itu, keperluan menaiktaraf kolam takungan dan terusan di Jalan 25/7 dan Jalan 25/14 serta masalah aliran air dari kawasan perumahan lain ini akan diambilkira semasa proses analisa yang sedang dalam pelaksanaan oleh pihak kontraktor melalui pihak perunding yang dilantik.

  3. Apakah penyelesaian jangka panjang untuk mengatasi masalah aliran air dari kawasan perumahan lain ke dalam Taman Sri Muda yang menyebabkan banjir kilat?

    Soalan (a) , (b) dan (c) dijawab bersekali.

     

    Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor sedang dalam pelaksanaan Projek Tebatan Banjir Sungai Klang di Seksyen 25 Shah Alam, Daerah Klang, Selangor dengan kos RM140,722,000.00 bermula pada 15 Januari 2024 dan dijangka siap pada 31 Januari 2029 menggunakan Peruntukan Persekutuan.

     

    Projek ini dilaksanakan secara reka dan bina di mana pihak kontraktor adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam reka bentuk dan pembinaan komponen mitigasi banjir di kawasan ini. Dalam projek ini juga, pihak kontraktor perlu melihat secara menyeluruh sistem tebatan banjir sedia ada di kawasan Taman Sri Muda dan dipadankan dengan sistem mitigasi banjir yang akan dicadangkan selepas analisa hidrologi dan hidraulik selesai.

     

    Sehubungan dengan itu, keperluan menaiktaraf kolam takungan dan terusan di Jalan 25/7 dan Jalan 25/14 serta masalah aliran air dari kawasan perumahan lain ini akan diambilkira semasa proses analisa yang sedang dalam pelaksanaan oleh pihak kontraktor melalui pihak perunding yang dilantik.

Lampiran

Tiada Lampiran.