Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
142) SALIRAN DI LOT BUKIT KEMUNING
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tindakan kerajaan terhadap saliran yang tidak mengikut spesifikasi di kawasan lot Bukit Kemuning?
Untuk makluman, kelulusan bagi sesuatu pembangunan lama di kawasan Bukit Kemuning merupakan kelulusan kebenaran merancang (KM) di bawah pentadbiran MBDK sebelum dibuat persempadanan semula antara MBSA dan MBDK.
-
Bagaimana agensi memantau kerja dan jadual pembersihan sistem saliran dan perparitan?
Bagi perparitan dan longkang saliran di kawasan lot Bukit Kemuning, pihak MBSA melalui PMC KDEBWM hanya menjalankan kerja – kerja pembersihan longkang dan perparitan yang mempunyai struktur konkrit di jalan – jalan utama sahaja. Perparitan yang dibina di dalam tanah lot persendirian adalah di bawah tanggungjawab pemilik lot tanah. Manakala longkang besar / monsoon drain adalah dibawah tanggungjawab agensi lain iaitu sama ada dibawah JKR atau pun JPS. Jadual kekerapan pembersihan longkang dan perparitan yang dijalankan oleh pihak Majlis adalah dua kali sebulan (minggu ke 2 dan minggu ke 4). Pemantauan dilaksanakan oleh penyelia kawasan berdasarkan jadual kerja yang telah ditetapkan dan prosedur pemantauan merujuk pada Prosedur ISO 9001:2015 PROKAKS-01 Proses Pemantauan Kontraktor Perkhidmatan Pembersihan Awam dan Kutipan Sisa Domestik MBSA. Tindakan Penguatkuasaan ke atas kontraktor akan dikenakan melalui penalti Notis Tindakan Pembetulan (NTP) dan pemotongan bayaran mengikut jenis kesalahan / kegagalan kerja di tapak. Kontraktor juga telah disyaratkan untuk melaporkan kerja-kerja ditapak melalui laporan bergambar yang dikemukakan semasa tuntutan siap kerja bulanan.
-
Sebarang peluang untuk meningkat tahap kerja dengan lebih baik dan menambah pusingan?