Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

136) PROJEK SELANGOR PENYAYANG

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan bercadang untuk meningkatkan peruntukan PSP bagi setiap DUN berdasarkan kepadatan serta bilangan pengundi?

    Projek Selangor Penyayang (PSP) merupakan Projek Khas Kerajaan Negeri yang telah dilaksanakan bermula tahun 2022 dan diteruskan pada tahun 2023 dan 2024. PSP mempunyai kriteria, skop dan syarat khusus yang berbeza pada setiap tahun untuk dilaksanakan di kawasan Dewan Negeri (DUN). Cadangan kaedah pelaksanaan PSP serta kelulusan peruntukan kewangan akan dipertimbangkan sewajarnya oleh Kerajaan Negeri dan akan diumumkan dalam Belanjawan Tahunan Negeri Selangor mengikut keperluan.

Lampiran

Tiada Lampiran.