Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

132) LARANGAN MINUMAN KERAS DI TAMAN PERMAINAN

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah penguatkuasaan larangan minuman keras di taman-taman permainan di Negeri Selangor?

    Antara tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi larangan minuman keras di taman-taman permainan di Negeri Selangor adalah seperti berikut:

     

    • UUK 9, UUK Taman 2005: Kuasa kepada PBT dan PDRM untuk memerintahkan mana-mana individu yang melakukan kesalahan untuk keluar dari kawasan taman;

     

    • UUK 11, UUK Taman 2005: Kuasa untuk menangkap tanpa waran;

     

    • UUK 12, UUK Taman 2005: Kuasa untuk menyita;

     

    • UUK 13, UUK Taman 2005: Denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; dan

     

    • UUK 15, UUK Taman 2005: Tindakan kompaun boleh dikenakan sehingga RM1,000 bagi setiap kesalahan.

     

    Selain daripada tindakan penguatkuasaan, arahan melalui papan tanda di kawasan taman awam juga dipamerkan. Antara contoh arahan tersebut adalah “DILARANG MINUM MINUMAN BERALKOHOL”.

Lampiran

Tiada Lampiran.