Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
131) SISTEM E-TANAH
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah usaha kerajaan dalam menambahbaik keberkesanan sistem e tanah?
Projek e-Tanah Negeri Selangor merupakan projek pendigitalan perkhidmatan tanah yang melibatkan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor, Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan dan Syarikat Puncak Tegap Sdn. Bhd. yang diberikan konsesi secara PFI selama 14 tahun yang membangunkan dan seterusnya menyelenggara sistem e-Tanah sehingga tamat tempoh konsesi.
- Urus Tadbir Pelaksanaan Sistem e-Tanah di Negeri Selangor melibatkan empat(4) Jawatankuasa / Mesyuarat yang bermesyuarat secara berkala melibatkan semua pihak samada di peringkat Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan.
- Proses penambahbaikan keberkesanan Sistem e-Tanah dibuat secara berterusan melalui pendekatan seperti berikut:-
- Pelaksanaan Change Request (CR) ke atas sistem atas permintaan pemilik modul;
- Pendekatan Task Force dilaksanakan ke PDT untuk melihat permasalahan yang timbul pelaksanaan e-Tanah di PDT;
- Sesi latihan secara Hands-on kepada pengguna secara terus oleh Technical Support Officer (TSO);
- Sesi libat urus kepada pihak luar seperti Juruukur/Firma Guaman serta Anak Syarikat Kerajaan Negeri oleh pasukan Change Management (CM).
- Pemantauan semua aduan e-Tanah adalah secara berpusat dan penyelesaian ke atas aduan dipantau melalui mesyuarat Service Level Agreement (SLA) dan Helpdesk setiap bulan.
-
Apakah langkah alternatif terhadap urusan tanah yang gagal dilaksanakan menerusi e tanah?
Urusan yang menghadapi masalah untuk diproses melalui Sistem e-Tanah akan terus dimajukan kepada pihak teknikal vendor, Puncak Tegap Sdn. Bhd. untuk diambil tindakan penyelesaian dan isu berbangkit akan dibentangkan di dalam mesyuarat-mesyuarat pemantauan prestasi berkala yang diadakan pada setiap bulan bagi membolehkan pihak pengurusan dan teknikal membincangkan prestasi semasa Sistem e-Tanah. Masalah yang dikesan dapat dibincangkan dengan lebih teliti dan langkah-langkah penyelesaian dapat dirancang serta dilaksanakan segera melalui pelaporan dan analisis masalah, penyelarasan dan penilaian tindakan pembetulan dan pembangunan rancangan penambahbaikan.
Mesyuarat-mesyuarat pemantauan berkala yang terlibat adalah:
- Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Negeri Projek Sistem Pentadbiran Tanah Secara Elektronik (e-Tanah) Negeri Selangor;
- Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Operasi Sistem e-Tanah Negeri Selangor;
- Mesyuarat Helpdesk dan Service Level Agreement(SLA) Sistem e-Tanah Negeri Selangor;
- Mesyuarat Jawatankuasa Change Request (CR) Sistem e-Tanah Negeri Selangor.
Melalui kaedah ini, urusan-urusan yang menghadapi masalah untuk diproses dapat diselesaikan dengan baik. Hasil daripada penambahbaikan yang dibuat juga akan dibentangkan kepada pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan pada setiap bulan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Negeri Projek e-Tanah Negeri Selangor.