Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
108) PELABURAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan pemohonan Malaysia My 2 Home (MM2H) yang mohon untuk menetap di Selangor bagi tahun 2023 dan 2024.
Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.
Untuk makluman, permohonan Program Malaysia My Second Home (MM2H) tidak dilaksanakan mengikut negeri sebaliknya permohonan program ini berpusat di One Stop Centre MM2H, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Sehingga 14 November 2024, MOTAC telah menerima sebanyak 908 permohonan baharu berdasarkan syarat-syarat baharu Program MM2H yang telah diluluskan oleh Kerajaan. Peserta-peserta ini juga tidak diwajibkan untuk menetap di satu-satu negeri/ tempat sebalik bebas untuk melancong untuk melancong di mana-mana lokasi di Semenanjung Malaysia.
-
Sila nyatakan senarai pemohonan tersebut mengikut negara asal.
Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.
Untuk makluman, permohonan Program Malaysia My Second Home (MM2H) tidak dilaksanakan mengikut negeri sebaliknya permohonan program ini berpusat di One Stop Centre MM2H, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Sehingga 14 November 2024, MOTAC telah menerima sebanyak 908 permohonan baharu berdasarkan syarat-syarat baharu Program MM2H yang telah diluluskan oleh Kerajaan. Peserta-peserta ini juga tidak diwajibkan untuk menetap di satu-satu negeri/ tempat sebalik bebas untuk melancong untuk melancong di mana-mana lokasi di Semenanjung Malaysia.
-
Sila nyatakan jumlah dan sektor pelaburan dari pemohon Malaysia My 2 Home (MM2H) yang menetap di Selangor?
Berdasarkan syarat terdahulu Program MM2H, peserta-peserta tidak dibenarkan bekerja dan terlibat dalam sektor pelaburan di Malaysia. Walau bagaimanapun, di bawah dasar baharu, hanya peserta di bawah kategori Platinum dibenarkan bekerja di Malaysia dan terlibat dalam sektor pelaburan. One Stop Centre MM2H tidak dapat membekalkan data bagi peserta di bawah kategori ini memandangkan masih belum ada kelulusan di bawah kategori ini direkodkan.