Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
103) SELGATE HOSPITAL
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa buah hospital Selgate akan dibina di Selangor?
Jumlah Hospital Selgate di Selangor: Selgate Corporation sedang membangunkan beberapa hospital pakar di Selangor, berjumlah 5 buah hospital seperti di bawah:
- Selgate Specialist Hospital Rawang
- Selgate Specialist Hospital Sepang
- Selgate Specialist Hospital Setia Alam
- Selgate Specialist Hospital Shah Alam
- Selgate Specialist Hospital Kuala Selangor
-
Sila nyatakan kos bagi setiap Hospital Selgate yang akan dibina.
Kos bagi setiap Hospital Selgate:
- Selgate Specialist Hospital Rawang
- Jumlah Katil: 224
- Kos Pembangunan: RM 148.5 Juta
- Kos Purata Per katil: RM 662,946.
- Hospital- Hospital Selgate yang lain:
Tiada kos pembinaan yang ditanggung kerana Selgate berfungsi sebagai pengendali/operator hospital dan menyewa premis yang dibangunkan oleh pemaju.
-
Sila nyatakan status terkini bagi setiap hospital dan masalah dihadapi oleh hospital Selgate tersebut.
Status Terkini dan Masalah yang Dihadapi bagi Hospital Selgate yang Lain:
- Selgate Specialist Hospital Rawang
Sedang dalam pembinaan, Pembinaan Fasa 1 dan Fasa 2 digabungkan bermula tahun 2021,
Dengan kapasiti penuh sebanyak 224 katil.
Dijangka siap beroperasi pada penggal pertama 2025.
CCC pula dijangkakan pada bulan Nov 2024.
Masalah kelewatan yang di hadapi sebelum ini adalah:
- Pandemik COVID-19 (2020 – 2022): Sepanjang tempoh pandemik, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara menyebabkan banyak aktiviti pembinaan tergendala.
- Kekurangan Tenaga Kerja: Sekatan pergerakan dan kekurangan pekerja mahir menjejaskan kemajuan projek.
- Masalah Aliran Tunai Kontraktor: Situasi ekonomi yang lemah memberi tekanan kepada kontraktor, mengakibatkan peningkatan kos untuk memastikan projek diteruskan.
- Pada asalnya, Fasa 2 dirancang untuk dimulakan pada tahun 2025 dan dijangka siap pada 2028. Namun, disebabkan keadaan pandemik, Selgate membuat keputusan strategik untuk menggabungkan Fasa 1 dan Fasa 2. Langkah ini membolehkan hospital mencapai kapasiti penuh sebanyak 224 katil pada tahun 2025, iaitu 4 tahun lebih awal daripada rancangan asal. Dengan penggabungan ini, kos pembinaan purata per katil berjaya dikurangkan daripada RM873,684 kepada RM662,946 per katil.
- Selgate Specialist Hospital Sepang:
Hospital ini mempunyai kapasiti 112 katil.
Dijangkakan siap sepenuhnya pada Mac 2025.
Tiada masalah utama dilaporkan buat masa ini.
- Selgate Specialist Hospital Setia Alam:
Dengan kapasiti 130 katil, pembinaan berjalan lancar dan
dijangka selesai pada Mei 2025.
- Selgate Specialist Hospital Kuala Selangor:
Mempunyai kapasiti 150 katil. Status terkini melibatkan persediaan KM.
Masalah utama yang dihadapi adalah berkaitan dengan kebenaran untuk meminda zon tanah ke status yang boleh digunakan untuk pembinaan hospital. Kelulusan dijangka akan diperoleh dalam tahun 2024 dan proses penggazetan dijadualkan pada tahun 2025.
- Selgate Specialist Hospital Mont Kiara:
Dengan kapasiti 143 katil, Hospital ini dicadangkan untuk dipindahkan ke lokasi lain memandangkan tiada lagi pembinaan dijalankan di kawasan tersebut. Pihak pemaju menghadapi isu berkaitan pembinaan terowong sistem pengangkutan awam yang melibatkan lot tanah projek ini.
Pihak pemaju telah mencadangkan pemindahan tapak projek ke kawasan Semenyih.
Ketika ini, Selgate sedang menunggu maklum balas daripada pihak pemaju berhubung cadangan pemindahan pembangunan hospital dari Mont Kiara ke Semenyih.
- Selgate Specialist Hospital Shah Alam:
Hospital ini adalah yang terbesar dengan 289 katil. Proses kelulusan KM dijangka selesai pada November 2024. Tiada sebarang masalah buat masa ini.
- Selgate Specialist Hospital Ulu Tiram, Johor:
Dengan Kapasiti 90 katil, Hospital di dalam fasa “earthwork” buat masa ini.
- Selgate Specialist Hospital Balik Pulau, Penang:
Dengan Kapasiti 172 katil, Hospital ini dalam proses penyediaan bagi penyerahan memohon Kebenaran Merancang. Tiada masalah lain buat masa ini.