Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

92) PEMBANGUAN BANDAR DAN JALAN

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Pang Sock Tao

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Merujukan kepada Kebenaran Merancang untuk pembangunan Seksyen 4 Bandar utama Batang Kali. Terdapat satu jalan utama iaitu Jalan Mahagoni Utama 2 masih belum siap dibina sepenuhnya oleh pihak pemaju. Apakah perancangan dan tindakan akan diambil oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor dalam pembinaan aksessibiliti tersebut?

    Berdasarkan kepada kelulusan pelan jalan parit ruj: (81).dlm.MDHS.181/OSC/15 JLD. 2 bertarikh 19 Oktober 2015 telah mensyaratkan kepada pihak pemaju untuk menyerahkan jalan dan rizab berkenaan kepada pihak kerajaan. Pada 4 November 2024, MPHS telah mengeluarkan surat peringatan kepada pihak Ligamas supaya memastikan penyiapan jalan tersebut di peringkat permohonan Sijil Siap Pematuhan (CCC).

  2. Adakah benar pembinaan Jalan Mahagoni Utama 2 merupakan ketetapan MPHS bagi pembanguan Seksyen 4 Bandar Utama Batang Kali dan ia dibawah tanggungjawab pihak pemaju? Jika ya , bilakah tarikh akhir untuk menyiapkan pembinaan tersebut?

    Jalan Mahagoni Utama 2 ini disyaratkan untuk disiapkan di dalam pemajuan Jalan Mahagoni 6 (Ligamas Residence) yang sedang dimajukan. Jalan ini perlu disiapkan dalam tempoh pemajuan Fasa 3C yang sedang dibangunkan pemaju kini. Hasil semakan dengan pemaju, jangkaan siap projek bagi fasa 3C adalah selama 18 bulan bermula dari Borang B (mula kerja bangunan) dikemukakan. Walau bagaimanapun, permohonan pelan bangunan bagi fasa 3C ini telah ditangguh oleh MPHS disebabkan pihak Ligamas perlu menyiapkan kerja menaiktaraf jalan Batang Kali – Hulu Yam (B113) terlebih dahulu. Kerja-kerja naiktaraf jalan tersebut kini telah dimulakan oleh pemaju pada Oktober 2024 dan dijangka siap pada Oktober 2025.

  3. Berapakah keluasan tanah milik Ligamas Sdn Bhd di Seksyen 4 Bandar Utama Batang Kali masih dalam kerja pembangunan atau belum dimulakan kerja?

    Pemajuan Ligamas Sdn. Bhd. di Seksyen 4, Bandar Utama Batang Kali pada masa sekarang di fasa akhir melibatkan 15 ekar. Pemaju masih mempunyai “land bank” seluas anggaran 500 ekar melibatkan Seksyen 6, 7, 8, 9 dan 10 Bandar Utama Batang Kali yang belum dibangunkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.